• Welcome to myFizwan.com

    Selamat datang ke blog saya. Disini saya kongsikan pelbagai topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian, perniagaan online, pengalaman, coretan pengalaman, tips-tips berguna, panduan dan sebagainya. Semoga ianya berguna dan bermanfaat. Terima kasih.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Wednesday, May 22, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 9:30 AM
Oleh kerana wife sy bersalin secara pembedahan caesarean, jadi kena terima yang sekurang-kurangnya 2 tahun tak boleh mengandung lagi. Sebab kalau mengandung lagi, mungkin jahitan pada perut akan terbuka dan pastinya membahayakan ibu dan baby yang dikandung. Sekarang nie dah lebih 6 bulan pun masih lagi belum sembuh. Nampak kemerah-merahan lagi parut pembedahan tu. Jadi, oleh kerana tak boleh mengandung, nak tak nak kena ambil pil perancang. Sebelum ni ada tanya dengan doktor klinik kesihatan tempat cucuk baby tiap-tiap bulan dan dia syorkan ambil pil perancang Noriday.

Pil Noriday nie takde la besar pun. Kecil je. boleh beli dekat farmasi. Harga sepapan RM14. Ade 28 biji. So, jatuh la sebiji pil Noriday harga 50 sen. So, sehari modal 50 sen dan perlu dimakan setiap hari tanpa henti dan tak boleh miss sehari pun. Mungkin kena makan pil Noriday nie untuk 2 tahun yang akan datang. Dekat 700 pil Noriday jugak la wife sy kena telan. Banyak tu kan?

Saya ada baca di blog-blog yang lain tentang Noriday nie menggangu hormon dan sebabkan penghasilan susu badan berkurangan. Rasanya macam betul jugak. Sbb kalau sebelum nie ari-ari boleh pam susu penuh botol untuk simpan stok kat dalam peti ais tapi skrg nie nak dapatkan sebotol yang 4 oz pun susah. Kadang-kadang 1 oz je dapat. 

Pil Noriday nie kena makan setiap hari pada waktu yang sama. Kalau makan time malam, hari-hari kena makan time malam. Kalau terlupa, esok pagi bangun tido kena makan jugak. Tapi, dinasihatkan agar tidak melakukan hubungan sex selama 7 hari sbb kebarangkali untuk tersangkut atau termengandung tu memang tinggi. Kes ini terjadi pada kakak ipar sy, makan pil lebih 8 tahun pastu ingat dah lama maybe tak mungkin sanggut lagi. Rupanya terus tersangkut dan lps 8 tahun dah dapat baby balik. Hehehe..So, memang sentiasa kena ingat. Wife sy letakkan pil didalam bekas yang ade hari tu. So, kalau terlupa atau terkonpius samada dah makan atau tak boleh tengok pada pil dalam kotak tu. Semoga menjadi panduan buat yang dah berkeluarga. Yang belum berkahwin tu, dah kawin nanti dan mengandung, doa banyak2 semoga bersalin normal. Amalkan semua petua yang ada dan amalkan surah-surah yang disyorkan semasa mengandung.

Wednesday, May 8, 2013

Posted by FizwaN
6 comments | 9:51 AM
Sedar tak sedar anak lelaki kesayangan saya dah pun berusia 6 bulan pada 28 Mei 2013 yang lalu. Cepat betul masa berlalu. Masih ingat lagi dimalam kelahiran budak kecik nie. Lahir pada 15 Zulhijjah. Bulan penuh dan sangat terang. Saya sorang-2 tunggu di luar bilik pembedahan Hospital Temerloh. Menanti dengan penuh debar. Yelah aritu genap 40 minggu menanti baru nak lahir. Bila nurse panggil je sy, dapat lihat wife yang memang dah tak sedarkan diri sbb baru lepas pembedahan dan juga effect dr ubat bius. Tengok kat sebelah wife, seorang bayi kecil dengan muka yang berseri dan putih melepak. Mungkin kerana lahir semasa bulan terang. Perasaan masa tu memang tak dapat nak digambarkan. Punye la happy dan perasaan yang bercampur-campur. Hari tu secara rasminya saya bergelar ayah dan mempunyai satu lagi tanggungjawab besar untuk membesarkan zuriat sy nie menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Baby diberi nama Izz Irfan Dhiaulhaq.


Lepas lahir macam-macam benda baru kena belajar. Pulak tu baby kena demam kuning pulak tu. Teruk jugak. Bacaan kadar bilirubin saya tak ingat dah berapa tapi ditahap kritikal dan oleh sbb tu baby kena masuk hospital dah diletakkan di bawah lampu biru. Dua hari jugak la baby dijemur dibawah lampu biru. Kesian kat wife sy, setiap setengah jam ulang-alik tengok baby dan menyusu baby. Dah la wad ibu dan baby jauh lak tu. Maklumla hospital kerajaan. Tak leh nak komplen lebih-lebih. Sebenarnya dah banyak dah try petua untuk kurangkan demam kuning nie. Jemur bawah matahari pagi dah, bagi baby minum susu kambing dah, mandi dengan daun kucai pun dah dan semuanya tak banyak membantu. Ada orang cakap kat kedai ubat Cina ada jual sejenis bunga/daun kering yang direbus dan mandikan baby boleh ubati penyakit kuning tu tapi tak sempat nak cuba. Keluar je hospital, gelap dah anak sy tu. Yelah dah dua hari berjemur kan?hehehe..


Umur sebulan kena gi klinik cucuk ubat, dua bulan pun sama kena cucuk dan timbang, tiga dan empat bulan pun kena cucuk. Then 5 bulan tak perlu. Enam bulan cucuk lagi. Then nurse cakap 12 bulan nanti pulak. Baby kena cucuk untuk mengelakkan terkena penyakit dan juga untuk meningkatkan antobodi melawan penyakit. Tapi, bila dah start cucuk di klinik kerajaan memang tak boleh nak tukar cucuk kat klinik swasta dah. Tu yang masalahnye, sbb kalau klinik kerajaan datang pukul 8 pagi dekat pukul satu baru no giliran sampai. Ade tiga kali kena panggil. Pertama untuk timbang dan ukur baby. Then, jumpa dengan nurse utk cek keadaan baby dan dapatkan nasihat. Last baru ke bilik suntikan. Tapi, untuk suntikan 6 bulan nie lebih cepat sbb klinik seri kembangan dah improve dah. Skrg nie dah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Jadi tak perlu la nak tunggu no lama sangat. 


Masa usia 2 bulan anak sy dah mula meniarap. Cepat kan. Memang advance. Skrg nie usia 6 bulan macam-macam dah pandai. Mengesot dah laju dan dah boleh merangkak sikit-sikit. Pastu mulut pun dah bising, cakap bahasa baby. Sangat-sangat teruja, gembira dan terharu melihat anak membesar di depan mata. Kalau nak gi keje pun kena pujuk dulu. Kalau tak cian wife sy kena pujuk. Nangis je, menyusu tak nak, makan pun tak nak. Huhuhu...Usia 4 bulan anak saya dah start makan puree buah-buahan dan juga nestum. Suka sangat bila tengok dia makan. Bukan main comot lagi. Dan menunjuk-nunjuk laparnye dan dia suka dengan makanan tu. Saya ada belikan "baby bullet" utk wife sy sediakan makanan baby. Memang sangat berguna dan comel pula tu "baby bullet" tu.



Bagi sape-sape yang tengah bercinta tu, cepat-cepat la kawin ye. Dan cepat-cepat dapat anak. Best sangat bila dah ada anak. Kat bawah nie koleksi gambar anak lelaki saya yang dah makin besar nie. Berat pun dah dekat 10kg. Memang lenguh la nak dukung. Dah la tak nak duduk dalam stroller. :-)





Tuesday, May 7, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 9:30 PM
Tanggal 5 Mei 2013 yang lalu berlangsungnya pilihanraya umum Malaysia ke-13 yang mendapat sambutan luar biasa dari pengundi seluruh Malaysia. Kalau Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 pada tahun 2008 yang lalu saya tidak perlu menunggu lama dan beratur panjang untuk mengundi, tetapi kali ini memang barisan yang sangat panjang dan ambil masa lebih sejam beratur untuk sampai giliran untuk mengundi. Nampaknya sekarang nie rakyat Malaysia dah makin celik dan dapat menghayati tanggungjawab dan kesan ke atas satu undi mereka kepada masa depan negara.

Pilihanraya kali nie kalau dilihat dari mata kasar dan logik akal, pastinya kita dapat menyimpulkan bahawa ada kemungkinan besar bahawa Pakatan Rakyat akan berjaya membentuk kerajaan baru. Saingan yang sangat sengit. Diselit dengan isu-isu yang tidak sedap utk didengar seperti pengundi hantu, tiba-tiba blackout semasa kiraan undi, kiraan pertama PR telah menang di 7 negeri tp lepas kiraan semua hanya menang di 3 negeri, peti undi hilang, peti undi bertambah, dakwat kekal yang tak kekal dan sebagainya. Tapi, tentang dakwat kekal tu memang ramai yang terkilan. Di tipu secara terang-terangan. Kalau masa pengundian awal membabitkan polis dan tentera, katanya dakwat tak kekal sebab tak goncang botol sebelum guna, tapi bila tiba hari pilihanraya sure dah goncang botol tu...masalahnya kenapa balik rumah basuh tangan dengan sabun dakwat tu terus hilang. Katanya tahan selama 7 hari, lepas tu cakap tahan sampai 5 hari tapi ni tak sampai sejam pun. Hilang terus. So, apa gunanya tangan dicalit dengan dakwat nie? Dan satu lagi persoalan, berapa juta ringgit yang SPR/Kerajaan keluarkan untuk beli dakwat nie? Dan secara tidak langsung, jutaan ringgit wang rakyat dibazirkan begitu sahaja. Dan siapakah pihak yang membekalkan dakwat nie? Rasanya jika diselidiki mungkin ianya melibatkan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan menteri barangkali. Wallahualam..

Sebahai rakyat Selangor, saya rasa bersyukur kerana PR berjaya mempertahankan Selangor dengan memenangi 2/3 undi. Mengapa setelah diburuk-burukkan oleh BN seperti memanipulasikan rakyat Selangor untuk saman kerajaan Selangor dan Menteri Besar dengan pelbagai isu, masih lagi PR dapat memenangi pilihanraya dengan kemenangan besar? Sebelum pilihanraya macam-macam propaganda dilakukan oleh BN untuk menjatuhkan Selangor. Siap ade lagu, iklan dan macam-macam lagi. Fikir-fikirkanlah kenapa tetap kalah dengan teruk sekali.  Kalau dilihat pada statistik keseluruhan, undian lebih memihak kepada PR. Mungkinkah pd Pilihanraya Umum ke-14 nanti BN akan akhirnya ditumbangkan? Tunggu dan lihat.


Sebelum dan selepas pilihanraya, BN asyik nak bangkitkan isu perkauman. Selepas pilihan raya makin marak api perkauman dibangkitkan. Muka hadapan Utusan Malaysia terpampang tajuk "Apa Lagi Cina Mahu?" soalan yang ditanya oleh PM Najib. Kenapa isu perkauman nie dibangkitkan? Macam-macam isu yang saya dengar dan baca berkenaan PR dan DAP. Rasanya ramai jugak yang dah baca kan? Sekadar renungan. Pakatan Rakyat terdiri dari tiga Parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Kalau kita lihat kepada calon pilihanraya dan juga kepimpinan PR rakyat, kebanyakkanya adalah Melayu Islam. DAP hanya 1/3 sahaja. Dan antara calon DAP yang memenangi pilihanraya kali ini adalah calon Melayu jugak. Berbanding dengan BN yang terdiri daripada parti UMNO, MCA, MIC dan juga lebih kurang 10 lagi parti-parti komponen dari Sabah dan Sarawak. Daripada 13 parti ini, hanya UMNO sahaja yang terdiri daripada Melayu Islam. Sangat kecil peratusannya. Jika dilihat daripada senarai Menteri dan Timbalan menteri untuk kerajaan BN yg lepas, berapa kerat je sebenarnya terdiri daripada orang Melayu? Kalau 12 lagi parti komponen mensabotaj UMNO, dimana letaknya kuasa Melayu nanti?


Saya copy dari laman web Harakah yang mengulas tentang isu perkauman nie, sangat jelas disini. Artikel yang bertajuk " Menolak Auta dengan Fakta"

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:- 

Kerusi Parlimen :- 
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN 
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA 
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK 
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT 
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB 
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG 
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA 

Kesimpulannya : Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu 

Kerusi DUN:- 
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah 
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan 
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu 
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang 
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang 
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor 
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor 
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor 

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. 

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan: 

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN) 
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN) 
3. PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN) 
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN) 
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN) 
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN) 
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN) 
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN) 
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN) 
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN) 
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN) 
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN) 
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN) 

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO. Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar. 

Fikir-fikirkanlah. Kenapa populariti dan undi kepada BN semakin merudum.

Tuesday, April 30, 2013

Posted by FizwaN
1 comment | 9:13 PM
Sejak semalam iaitu 30 April 2013 saya dapat lihat iklan mempromosikan calon Parlimen dan DUN Barisan Nasional Selangor tengah hangat bergerak-gerak di ruangan iklan google adwords di blog sy nie. Wah wah..betul-betul usaha keras BN untuk rampas Selangor dari Pakatan Rakyat. Dekat TV ade lagu khas untuk Selangor, kat radio pun selalu dengar, ade iklan "Sayangi Selangor, Yakini BN" dan tak cukup menggunakan semua media yang ada sekarang iklan promosikan calon BN Selangor menggunakan khidmat Google Adwords pulak. Tp, iklan tu muncul ditengah malam je pun sbb siang saya tak nampak pulak. Selalunya iklan Google Adwords yang disiarkan ditengahmalam adalah iklan yang meletakkan harga yang rendah. So, usaha dah ada cuma kalau iklan tu tersiar hanya bermula jam 1 pagi dan mungkin berakhir jam 6 pagi rasanya kurang berkesan kot. Apa yang sy perasan iklan ni muncul start pkl 1 dah sebelum pkl 3 dah xde dah. Rasanya mcm satu iklan BN bajet dalam 30sen je untuk satu klik. Atau mungkin BN pilih pay per view kot. Tu yang bila siang memang x dapat nak lawan dengan iklan-iklan lain yang meletakkan bajet RM1 dan jangan terkejut kalau ada iklan yang bajetnya RM100 untuk satu klik. Jika ikut polisi mengiklan di Google Adwords, sesiapa yang meletakkan bajet yang tinggi untuk sesuatu iklan, maka iklan itu akan berada dikedudukan teratas dan akan selalu disiarkan. Manakala iklan yang meletakkan bajet rendah akan diletakkan di bahagian bawah sesebuah blog/website dan hanya akan disiarkan dari jam 12tghmalam hingga 6 pagi. 

Hari nie dah pun 1 Mei, jadi tinggal 4 hari je lagi untuk mengundi. Gunakan kuasa kita semua sebagai rakyat dan hakim kepada bakal pemerintah. Suara rakyat akan menaikkan pemerintah. Jadi, pilihlah calon yang betul-betul berwibawa. Sepanjang minggu ini kita akan mendengar pelbagai kisah, fitnah, cacian, makian dan saling menjatuhkan antara sesama parti politik. Jadi, jangan cepat percaya. Fikirlah dengan fikiran yang waras untuk menilai kebenaran disebalik setiap yang perkara yang menjadi bualan. Di Facebook terlalu banyak kita dapat lihat promosi dan juga fitnah-fitnah, ramai yang share dan menerima sesuatu fitnah tu tanpa berfikir panjang kerana tabsud dengan sesuatu parti politik tu. Jadi, seeloknya dengar dari kedua belah pilih dan selepas itu baru menilai yang mana satu dipihak yang benar dan yang mana pihak yang mereka-reka cerita. Dan 5 Mei nanti pangkah pihak yang benar itu. Barulah undi itu bernilai. Selamat mengundi. 

Mamat Perkasa nie kalau tak silap sebelum nie calon bebas tp skrg nie dah convert jadi calon BN untuk Parlimen Shah Alam.
Bagi yang tak tau yang nie sebenarnya iklan google adwords mesti ingat sy nie penyokong tegar BN sampai iklankan tentang BN diblog sy nie. Nasib baiklah 5 hari je iklan nie keluar kat blog sy.  Hehehe...Ini Kalilah :-)
Iklan BN nie sebenarnya ade tiga page. Pertama calon Parlimen, kedua calon DUN dan ketiga ringkasan calon Parlimen dan DUN BN Selangor. Memang ok jugaklah iklan nie cuma naikan sikit bajet. Jadi ianya akan disiarkan sepanjang hari.
Tengok nie. Semua Parlimen untuk Selangor berselang seli muncul di ruangan iklan Google Adwords. Persoalannya, bolehkan BN menang di Selangor? Sbb sebagai rakyat Selangor, saya tak rasa apa-apa keperluan untuk menukar pemerintah kerana pemerintah sediaada dah cukup ok.

Posted by FizwaN
3 comments | 9:41 AM
Sekarang nie banyak website yang telah diserang oleh DDOS dan jugak Trojan. Mungkinkah kerana bahang pilihanraya yang semakin hampir? Website perniagaan online sy iaitu IzwanIzzati Collections jugak terkena serangan DDOS nie sampaikan seminggu padam dan tutup bisnes. Apa yang saya baca, kebanyakkan website pro pembangkang seperti Keadilan Daily, Harakah, Malaysiakini dan lain-lain telah diserang oleh DDOS dan juga sabotaj oleh ISP. Serangan DDOS adalah singkatan kepada 'Distributed Denial of Service' dimana server atau hosting yang bertindak sebagai perumah sesebuah website telah diceroboh. Jadi, bila diceroboh dengan senang hatinya penceroboh menghalang website daripada dibuka. jadi bila pelawat membuka website yang telah diserang oleh DDOS nie dia hanya akan dapat melihat paparan seperti berikut:

 

Mesej tertulis "This Account Has Been Suspended" padahal belum pun sampai due date utk renew. Bahaya kan? Mungkin jugak hosting provider website sy nie merupakan hosting provider kepada website-website pro pembangkang yang sebenarnya misi sebenar serangan dan tempiasnya kenalah pada insan-insan yang tak bersalah. Saya ada jugak jumpa beberapa website lain yang terkena serangan DDOS nie. Hosting provider mengambil masa seminggu jugak utk resolved masalah nie dan apa yang diorang cakap website saya tu terkena serangan DDOS dan juga dalam masa yang sama diserang oleh Trojan. Wah..wah..wah..patut la sampai seminggu tutup kedai. Memang agak tertekan dan merugikan tapi nak buat macammana dah terkena tempias. 

Jadi bagi sesiapa yang turut terkena serangan DDOS sebegini, hubungi dan berbaik-baiklah dengan hosting provider anda kerana hanya meraka yang mampu untuk selesaikan masalah nie. Bagi yang belum kena, ambillah langkah berjaga-jaga untuk save master backup utk website anda kerana masa sekarang nie macam-macam boleh jadi. Wassalam.

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Coretan Perjalanan Hidupku - Faizul Izwan". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.