• Welcome to myFizwan.com

    Selamat datang ke blog saya. Disini saya kongsikan pelbagai topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian, perniagaan online, pengalaman, coretan pengalaman, tips-tips berguna, panduan dan sebagainya. Semoga ianya berguna dan bermanfaat. Terima kasih.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Wednesday, March 31, 2010

Posted by FizwaN
No comments | 9:15 PM
Di internet pada masa kini, terdapat dua jenis kedai online yang popular iaitu kedai online yang menggunakan blogspot dan juga kedai online yang menggunakan perisian "Shopping Cart". Bagi yang baru nak mencuba menjual sesuatu produk di internet, anda digalakkan untuk menggunakan blogspot kerana ianya mudah dan percuma. Bagi yang baru dengan blogspot, dapatkan ebook saya yang bertajuk "Panduan Lengkap Membina Blog dan Kedai Online Dengan Blogspot" & "Panduan & Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya Di Dalam Perniagaan Online". Akan tetapi, bagi yang kedai onlinenya telah popular, ade ramai pelanggan dan telah berjaya membina rangkaian perniagaan di internet..saya amat galakkan anda bertukar ke perisian "Shopping Cart". Ini adalah kerana perniagaan anda lebih "secured"/selamat kerana anda mempunyai hosting sendiri dan anda tidak bergantung kepada Google (Blogger.com) dan PhotoBucket (utk publish gambar). Anda boleh sertai "Pakej Training, Kursus Perniagaan Online dan Bina Website Kedai Online Menggunakan Enjin Ecommerce" yang kami adakan setiap minggu di tempat kami di Seri Kembangan.

Tahukah anda bahawa jika tanpa anda sedari anda telah melanggar Term & Conditions Blogger, laman blogspot anda akan di delete buat selama-lamanya? Anda tak tahu pun  bahawa anda dah lakukan sesuatu yang melanggar "Term & Condition", tapi Google dengan kejamnya boleh delete kedai online anda dengan sekelip mata? Saya cakap begitu sbb blog saya yang mempunyai keterangan lengkap tentang kristal dan menjual barangan kristal telah di delete oleh google. Empat tahun saya membina laman blog tersebut tapi dengan sekelip mata Google delete atas alasan blog saya dikatakan mengandungi kandungan SPAM. Tengok email dari google kat bawah ni:

Anda boleh melihat screenshoot email ini dengan lebih jelas di dalam e-book saya atau just klik pada gambar utk besarkan.

Oleh itu, bagi yang telah mempunyai kedai online yang telah maju dan telah menjana wang untuk anda binalah sebuah Kedai Online menggunakan sistem "Shopping Cart". Kemudian, kedua-duanya iaitu Kedai Online Blogspot dan Kedai Online Shopping Cart berjalan bersama. Andai satu hari Kedai Online Blogspot anda menerima nasib yang sama dengan saya, perniagaan anda tidak akan berhenti untuk membina kedai online yang baru kerana anda telah mempunyai Kedai Online Shopping Cart yang tidak akan di "delete" kerana menggunakan domain dan hosting anda sendiri (kecuali kalau anda x bayar utk renew domain & hosting :-D ).

Anda boleh membina sendiri kedai online dengan menggunakan "Shopping Cart" tanpa perlu mengupah pembina laman web. Anda boleh menyertai Pakej Training, Kursus Perniagaan Online dan Bina Website Kedai Online Menggunakan Enjin Ecommerce yang diadakan setiap minggu. Saya terangkan langkah demi langkah bagaimana untuk membina sistem kedai online dengan menggunakan perisian Shopping Cart ZEN-CART, bagaimana untuk memulakan perniagaan online, mendapatkan trafik (pelawat), teknik pemasaran, analisis kedai  onlne dan sebagainya.

Saya juga menawarkan perkhidmatan one-by-one coaching membina blog dan sistem kedai online dengan blogspot. Hubungi saya jika anda berminat. Anda boleh dapatkan e-book saya yang bertajuk  "Panduan Lengkap Membina Blog dan Kedai Online Dengan Blogspot" & "Panduan & Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya Di Dalam Perniagaan Online". Kedua-dua ebook ini mempunyai ilmu yang sangat berguna tentang perniagaan/bisnes online. Pasti berbaloi untuk memilikinya.

Bersama Menjadi Usahawan Online Yang Berjaya,



Tuesday, March 30, 2010

Posted by FizwaN
No comments | 7:27 AM
Saya sedang menyiapkan tiga buah e-book yang bertajuk " Panduan Membina Blog dan Merekabentuk Template Dengan Blogspot (blogger.com)", "Panduan Membina Kedai Online Dengan Blogspot", "Koleksi Script HTML Menarik & Interaktif Untuk Blog Anda" & "Idea, Teknik & Panduan Menjana Wang Di Internet"

Koleksi e-book yang lengkap sebagai bahan pembelajaran kepada sesiapa yang baru ingin menceburkan diri di dalam dunia online. E-book ini juga bagus untuk semua pemilik blog yang sediada kerana ianya boleh digunakan sebagai rujukan, menambah ilmu dan menambah gadget-gadget interaktif pada blog anda. Di dalam e-book ini juga, saya akan masukkan kod-kod script HTML yang anda perlukan dan mungkin yang telah anda cari selama ini. Anda juga akan diberikan perisian untuk mengedit gambar dan juga meletakkan "watermark" pada setiap gambar yang anda masukkan di dalam blog anda bagi mengelakkan gambar anda di digunakan oleh blogger yang lain.

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Coretan Perjalanan Hidupku - Faizul Izwan". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.