• Welcome to myFizwan.com

    Selamat datang ke blog saya. Disini saya kongsikan pelbagai topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian, perniagaan online, pengalaman, coretan pengalaman, tips-tips berguna, panduan dan sebagainya. Semoga ianya berguna dan bermanfaat. Terima kasih.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Friday, February 4, 2011

Posted by FizwaN
No comments | 12:23 PM
Tanggal 2hb Feb yang lalu, bila orang tengah sibuk-sibuk nak bercuti dan beraya... ditengahari tu, ternampak kepulan asap tebal dari jauh lg.. otw blk umah jap, semakin lama semakin dekat dgn punca asap tebal tu... alamak, adakah rumahku yg terbakar itu, tolong-tolong encek bomba...eh panic lak,huhuhu...rupa-rupanya kedai perabut Valencia yg bukan main besar kat sebelah Pasar Borong Selangor terbakar. Owh bomba pun dah tgh struggle padamkan api begitu jugak para-para penonton dan wartawan-wartawan x bertauliah..semua sibuk memperkatakan tentang kebakaran tu dan ramai jugak yg mengambil gambar kebakaran tu.. jom tgk gmbr-gmbr ketika kejadian. Berapakah kerugian yang ditanggung ye? Mesti cecah ratusan ribu ringgit...owh,ratusan ribu ringgit itu dibawa bersama di dalam kepulan asap tebal yang mewarnai langit bumi Seri Kembangan di petang rabu. 

Tengok tu, penuh dengan kereta yg berhenti dan menunjukkan betapa ramainya penonton yang berhenti untuk melihat-lihat dan berkongsi-kongsi pandangan dan pendapat tentang kebakaran itu...rakyat Malaysia mmg begitu, mcm jugak accident..yg accident lane kat sebelah, tp..yg jem teruknya lorong yang kat sebelah lagi satu..sungguh kan? Sikap menjaga tepi kain orang lain yg diwarisi sejak dulu lagi.


Yang kat sebelah kanan tu la Pasar Borong Selangor. Tu baru separuh je. Besar kan dan jugak menunjukkan betapa dekatnya rumahku dgn Pasar Borong Selangor. Huhuhu... Kena rajin memasak nih.. ikan, sayur, ayam fresh2 je kat cni..hehehe

Pandangan dekat kedai perabot Valencia yg tgh terbakar, para-para penonton dan jugak encek-encek Bomba yg sedang berkhidmat. Dan secara tak langsung, aku termasuk dlm senarai para-para penonton dan jugak wartawan tak bertauliah..huhuhu...boleh gitu???
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Coretan Perjalanan Hidupku - Faizul Izwan". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.