• Welcome to myFizwan.com

    Selamat datang ke blog saya. Disini saya kongsikan pelbagai topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian, perniagaan online, pengalaman, coretan pengalaman, tips-tips berguna, panduan dan sebagainya. Semoga ianya berguna dan bermanfaat. Terima kasih.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Friday, March 11, 2011

Posted by FizwaN
1 comment | 4:34 PM
Ok tak tajuk entry kali nie? Lagu-lagu yang pasti akan buatkan semua orang tersenyum... ade ke lagu-lagu gitu? hehehe.. mestila ade, kat cni ade 3 calon-calon lagu yang akan buatkan kita tersenyum bila mendengarnya... dan, calon-calonnya adalah ... jeng...jeng..jeng

Kereta Kecil Warna Merah

Ingat lagi tak lagu nie? Bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta, kereta kecil warna merah, bolehku bawa ke sekolah... ok, ramai-ramai jom kita nyanyi sama-sama ... pon, pon, pon, pon, pon pon, pon, pon, pon...kereta kecilku berbunyi, marilah adik mari naik.. hehehe... suke kan? owh...dah berpuluh tahun meninggalkan zaman tadika, tp..lagu nie tetap dalam ingatan, jom kita layan sama-sama :




Ok-ok, dan calon yang kedua adalah....

Bangau Oh Bangau

Mmm...Lagu Bangau Oh Bangau ni pun mesti sume orang tau kan?... puncanya bangau tu kurus je, tapi dia punye sbb kenapa kurus tu yg menarik tu.. semua & segala yang berkaitan saling menunding jari menyalahkan yang lain untuk melepaskan diri... begitu la kehidupan kita masa kini, kalau ade ape-ape salah, mesti akan cipta alasan dan menunding jari menyalahkan orang lain walaupun sesuatu tu adalah atas kesalahan diri kita sendiri... renung-renungkan maksud disebalik lagu kanak-kanak nie k...



Dan lagu yang terakhir, pastinya akan buatkan yg sedang bermuram & bersedih tu kembali tersenyum dan gembira. Rasa macam nak nyanyi sama-sama je... tapi video ni lagu versi english... tapi still boleh membagkitkan semangat & menceriakan.. 

Kalau Anda Gembira

Mmm... kalau anda gembira, tepuk tangan..kalau anda gembira beginilah caranya kalau anda gembira hentak kaki.. hehehe, hepikan dengar lagu nie.. ceria abis... owh indahnya zaman kanak-kanak, sangat gembira dan hidup yang sgt mudah.. x perlu nak fikirkan ttg masalah hidup dan juga xperlu nak berusaha keras untuk meneruskan kehidupan. (bagi kebanyakkan orang).. happy je hidup.. so, betulkan lagu-lagu nie pasti akan buatkan semua orang tersenyum??



 "Walau seberatmanapun masalah yang melanda diri, hadapinya dengan senyuman kerana masalah takkan dibiarkan melampaui kemampuan diri kita... Allah Maha Penyayang ... senyum selalu, hidup pasti akan lebih indah" 

Reactions:

1 comment:

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Coretan Perjalanan Hidupku - Faizul Izwan". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.