Sedar tak sedar, lama dah x menulis new entry.
Hidup yang sangat sibuk dengan pelbagai bentuk pekerjaan dan urusan seharian.
Lebih-lebih lagi majlis perkahwinan hanya tinggal sebulan aje lagi.
Esok dah masuk bulan October, bulan November nanti bermulalah sebuah lagi episod dalam perjalanan hidupku menuju kehidupan yang abadi.
Mampukah diri ini menjadi seorg suami yang baik? Suami yang mampu membahagiakan hati dan hidup seorang gadis yang bergelar isterinya? Mampukah diri ini untuk membimbing, menjaga, mempertahankan, melindungi, menyayangi dan mencintai insan terindah yang sudi untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat?
Semoga Allah membantuku, memberikan aku kekuatan dan kesabaran di dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami. Insyaallah. Aminn.
Sesungguhnya tidak sukar untuk jatuh cinta lalu mencintai seseorang itu. Cinta sebenarnya sangat mudah. Cuma, sudah menjadi lumrah hidup seorg manusia...segala yang mudah itu tidak pernah akan dihargai. Lalu, dalam setiap percintaan pasti akan wujud pelbagai cubaan, dugaan, suka dan duka. Barulah diakhirnya nanti "Cinta" itu akan dihargai dan menjadi sesuatu yang tak ternilai harganya.
Untuk mencintai seseorang itu, sangat-sangat mudah. Kerana kita yang mengawalnya. Kita punya hak mutlak atas kejadian diri yang bernama hati dan perasaan. Kita yang membenarkan cinta itu lahir, berputik dan berkembang dengan mekarnya. Kita akan melakukan segala-galanya, walaupun sesuatu yang dilakukan itu adalah sangat mustahil di mata insan lain yang melihat. Demi cinta yg sejati, cinta yang mendalam dan cinta yang telah memenuhi segenap ruang di hati, kita sentiasa akan pastikan insan yang kita cintai itu bahagia, gembira dan tersenyum. Hidup seorang manusia tidak pernah akan sempurna. Kita bukan Nabi yang bersifat maksum. Tapi, atas nama cinta seseorang itu akan menjadi insan yang sempurna dimata dan dihati org yang mencintainya.
Persoalannya, adakah kita akan miliki cinta yang sama dari insan yang kita cintai? Bertuah dan bersyukurlah andai kita menerima cinta yang lebih dari cinta yang kita beri. Atau sekurang-kurangnya sama. Akan tetapi, amat menyedihkan anda kita tidak miliki apa yang kita impikan. Siapa kita untuk mengawal cinta di hati insan lain? Walaupun dihati insan yang amat kita cintai. Kita xkan mampu untuk mengawalnya kerana seperti diri kita, hanya dia yang mempunyai hak mutlak samada untuk membenarkan cinta itu lahir dan memeliharanya, atau membunuhnya saat cinta itu masih berputik ataupun mungkin saat cinta itu sudah berkembang mekar. Jadi, bagaimanakah untuk mendapat balasan sebuah cinta yang sejati dan sepenuh hati dari insan yang kita cintai?
Sama-samalah kita fikirkan, renungkan dan berusaha demi sebuah percintaan yang sejati dan abadi. Setiap sesuatu kejadian, pasti ada hikmahnya. Jangan menyalahkan takdir atau melakukan tindakan yang diluar kawal atau bertentangan dengan iman tatkala menghadapi masalah dengan hati dan perasaan yang bernama cinta. Sentiasa ingat bahawa Allah punya perancangan yang terbaik buat diri kita. Mungkin dugaan itu dijadikan demi untuk mematangkan kita dan mendidik kita dalan berhubungan. Insyaallah, sesuatu yang sukar untuk dimilik itu apabila akhirnya dapat dimiliki, pasti sesuatu yang terindah dan sesuatu yang sangat manis untuk dikenang. Pasti kita akan amat bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Hidup itu indah, Islam juga indah. Sentiasa berserah kepada takdir dan ketentuan Allah. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.
Diharap bagi yang bercinta, dengarlah lagu kat bawah nie. Sebuah lagi yang sangat indah. (^_^)







insyaallah..
ReplyDeleteklo niat yg baek tu..
allah akn bantu umatnyaa...
all the best ok..
jga baek2 ur future wife yea...
nnt jgn lupa upload bnyk2 wedding pic kt blog..
hihi..
bley share..
best tgok org kawen...
tahniah kwn blogger
ReplyDelete:D soalan objektif susah nk jawab.. inikan subjektif.. :P cinta oh cinta
ReplyDeletecinta sesuatu yg misteri..
ReplyDelete