• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Wednesday, November 20, 2013

Posted by FizwaN
2 comments | 2:40 PM
Bismillah..

Tolong jawab persoalan di akhir kisah nie k. Mm...ok2, amik feel...amik feel...
Cuba kita bayangkan bila situasi berikut berlaku pada diri kita. Alkisahnya, pada satu hari terjadilah kejadian berikut:

Malam tu kuar rumah nak gi tgk wayang or bersukan (main badminton,futsal or etc), dah smpi pertengahan jalan baru tersedar yang henpon tertinggal kat umah. Nak patah balik, cam jauh lak. So, hati pun memujuk..biarkan je la henpon tu,malam-malam nie sape je la yg nak kol. Kalau sebelum nie, ade jugak "orang penting dlm hidup" yang selalu kol or sms, skrg ni lps kejadian hari tu.. dia dah menyepikan diri, maybe dah xnak kawan lg dah kot. Ari2 tunggu dia kol or balas msg, senyap je....huhuhu, pasrah dah..biar je la henpon tu.. 

Beberapa ketika lepas tu, seorg insan menelefon kita. Penerangan ttg "seorang insan" tu :

- seorang yang penting dlm hidup kita (sahabat baik atau kekasih barangkali)
- beberapa hari sblm nie, berlakunya perselisihan faham yang membawa kepada terputusnya / terlerainya sebuah "ikatan"
- hari tu.. mm, malam tu utk lebih spesifik.. insan nie tergerak hati untuk menghubungi kita sbb dia dah boleh maafkan dan lupakan segala yg terjadi & niat dia nak berbaik2 dan menyimpul kembali "ikatan" yang dah terlerai beberapa hari yang lalu ... sblm nie, hati dia cukup keras utk jawab kol, balas sms , saje2 nak kol or sms.. lebih suka menyendiri & memujuk hati yang tgh bergolak... ok2, cukup penerangan ttg "insan" tu.

Pertama kali dia kol, x  dijawab.. fikirnya mungkin kita tgh mandi kot. beberapa minit lps tu, kol lg...x jawab jugak, fikir dia lg..tak sudah mandi lg ke?or barangkali lps mandi  kita solat terus kot..xpela,jap lg kol lg la...10mnt kemudian, kol lg..lama tunggu di talian, operator lak yg jawab...isk,nape lak nie..bz sgt ke?slalunye kalau bz mesti akan msg ckp will call back later...tp,nie senyap je...try kol lg, x dijawab jugak..huhuhu, hatinya dah terdetik...mungkinkah kita sengaja xnak jawab kol dia sbb masih lg x recover dgn perselisihan tempoh hari.. mm, then dia try sms lak... sms ckp dia mintak maaf psl kejadian tempoh hari, harap dpt menyambung kembali hubungan seperti bbrp hari yg lalu & mintak kita jawab phone or return call dia blk. Bbrp ketika tunggu, x balas jugak sms..then try kol lg...x dijawab jugak, sms kedua menyusul...berbunyi begini lebih kurang " Salam, nape xnak jwb kol or balas sms? marah lagi ke?kan sy dah mintak maaf..semoga awak maafkan sy, sy tunggu awak kol blk or sekurang-kurangnya balas sms sy..dah x sudi lg ke nak kawan ngan sy?".. mm,ade persoalan di akhir sms tu, pastinya menanti sebuah jawapan...hehehe, cam lagu Padi lak...

Insan tu pun menunggu kita return call & bls sms...tp, still hampa. Fikirnya, kenapa ini berlaku? Besar sgt kah erti sebuah kemaafan? Adakah kita x hargai diri dia lagi? Mm...dengan penuh kesedihan, kesabaran dan pemikiran & hati dah semakin kuat dihasut oleh nafsu & syaitan yg menyesatkan.. sms skali lagi, yg ketiga kalinya..."Tolong return call kalau awak masih menghargai hubungan kita, kalau awak x return call anggap saje lepas nie sy x wujud lagi & jgn pernah awak cari sy lg...sy tunggu awak return call!!!" mm...siap tanda seru dah kuar,mmg betul2 serius kali nie...kalau x call jugak nie, mmg kompem hubungan tu x dpt diselamatkan lg...tp, oleh kerana henpon tu kat umah & kita x tau menahu ttg keadaan kritikal yg tgh berlaku...mmg permintaan dia xkan dapat kita tunaikan. dalam apa jua keadaan sekalipun..lalu utk terakhir kalinya, insan itu call dan time2 tu jugak la...henpon kita abis bateri & terpadam..for sure, dihatinya pasti bergelora dgn pelbagai perasaan...sedih, marah, bengang, kecewa, terhina dan mcm2 lagi...pada dirinya, smpi hati kita membuang dirinya...kol x jwb, sms x bls...pastu bila kita rasa rimas sgt terus off henpon.. jgn salahkan dirinya andai berfikir sedemikian, sebab itulah yg telah terjadi...maka, dgn hati yang bulat dan diselubungi oleh kesedihan, kekecewaan dan segalanya yg menyelubungi diri...bermula saat tu, pastinya dia telah membuang jauh2 diri kita dan jangan harap akan berbaik lagi sbb segala pintu peluang & harapan dah tertutup serapat-rapatnya...kuncinya pulak dah dibuang entah kemana & pasti xkan berjumpa lagi.. amboi, bukan main marah lagi nie..

Dan tgh malam tu...kita pun smpi umah, mm..ambik henpon sbb nak set alarm clock,isk..off pulak henpon ni, mm..masa tinggal td pun tinggal 2 bar je..maybe ade org kol then padam kot..mm,sape pulak yg kol...on henpon, amik kau...10 miskol & 4 msg...tgk sape yg kol, MasyaAllah..muncul nama sesorg yg kita nanti-nantikan utk hubungi kita dlm beberapa hari nie..dengan pantasnya kita return call, tp...ade seorg perempuan menjawab,hehehe cik operator la tu..dgn suara yg lunak merdu siap speaking London lg dia ckp "We are sorry, your network has been disturbed due to unsettled bill..please make a payment to continue our service"...hah, ape nie?lupa pulak nak byr bill siang td...nak pinjam phone kwn2, duk umah sorang2 lak..nak cari public phone, ade lg ke public phone zaman skrg nie..nak beli no prepaid, dah tgh malam..kedai pun dah tutup...pasrahnya hati Allah saje yg tau..tunggu je la smpi pg esok, berharap moga "insan" itu akan dapat dihubungi dan kita dapat menceritakan hal yang sebenar... Persoalannya, andainya rakan-rakan berada di pihak "insan" itu dan berfikir dari kacamata "insan" tu.. apakah korang akan dapat menerima segala penjelasan yg diberikan? Adakah perhubungan tu dapat diselamatkan? Atau, dgn penuh keegoan, hati korang dah tertutup untuk mendengar sebarang penjelasan dan merelakan perhubungan tu terputus selamanya? 

Andai itu takdirnya, siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal nie? Adakah kita patut menyalahkan takdir Allah yang telah menyebabkan segala ini berlaku? Renungilah, kadang-kadang tu...bukan semua alasan direka-reka bagi menyelamatkan diri, tp..alasan itu dtg dr kejadian yang benar-benar telah melanda diri si pemberi alasan. Selalunya, kita akan mendengar " Ahhh, semua alasan..sudah la, semuanya dah terlambat" ...xpun, "Sudah-sudahlah cipta alasan, dah tau sgt dah"...xpun, "Jgn nak tipu la, alasan je semua tu.."....mmm,sebelum cakap semua tu...fikirkanlah betapa luluhnya hati org yg betul-betul menghadapi kesusahan sepertimana yg ingin diterangkan kepada kita...hidup ni penuh misteri, kadang-kadang tu.. sesuatu yang terjadi diluar kawalan dan keinginan diri kita. Apa yang pasti, Allah Maha Mengetahui alasan dan jawapan di sebalik setiap sesuatu yang berlaku. Pasti ade hikmah atau rahsia disebalik kejadian tu. Cuma, cepat atau lambat aje untuk kita mengetahuinya. Begitulah kisahnya.."Andai Itu Takdirnya".. hanya rekaan semata-mata, tiada kene mengena dgn yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia. Wassalam.

" Live has its Up and Downs.. Sometimes the Sun Shines, Sometimes the Rain Lashes... But, then it takes both the Sun & Rain to make a Rainbow (^_^)"

Akan bersambung dengan "Kalau Itu Takdirnya" 

p/s: Entry ini dah pun di post pada hujung tahun 2010, tapi oleh sebab dah blog post semua dah hilang, repost semula... :-)
Reactions:

2 comments:

  1. dalam apa pun situasi..ikhlas dan redha..andai 2 unsur ini kita aplikasikan insyaAllah semuanya baik-baik belaka :)

    ReplyDelete
  2. Redha dengan apa yang berlaku. Inshaallah :)

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.