• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Thursday, November 21, 2013

Posted by FizwaN
3 comments | 11:09 AM
Bagi yang baru pertama kali akan bergelar ibu dan ayah tak lama lagi pasti akan berkira-kira samada nak bersalin di hospital swasta ataupun bersalin di hospital kerajaan. Pastinya inginkan yang terbaik. Bagi yang berkemampuan, pasti akan memilih untuk bersalin di hospital swasta. Maklumlah akan mendapat tumpuan yang lebih dari doktor dan jururawat, persekitaran yang tenang, bakal ayah boleh menemani isterinya di dalam bilik yang dibayar khas. Selalunya hospital swasta ada menawarkan pakej seperti 3hari 2malam, bilik suite, standard, deluxe dan sebagainya. Dah macam hotel pulak. So, bakal ayah boleh tidur menemani isteri di dalam bilik yang sama. Terdapat pelbagai lagi kelebihan bersalin di hospital swasta, cuma yang tak sanggupnye bila sampai bil. Pasti mencecah ribuan ringgit. Kalau bersalin normal pun, modal dalam RM2,500 kurang lebih. Kalau ada komplikasi, kena masuk balloon, kena masuk ubat, kena cucuk tulang belakang dan pembedahan ada yang mencecah hingga RM12,000. Owh, memang menakutkan. 

Oleh tu, bagi yang kurang berkemampuan atau ingin berjimat cermat eloklah mendaftar untuk bersalin di hospital kerajaan. Ini kerana kosnya sangat murah. Cuma kalau hospital kerajaan, wad berkongsi dengan orang lain. Suasana wad yang bising dan agak sesak. Bakal ayah juga boleh menemani isteri pada waktu melawat hospital kerajaan iaitu dari jam 12.00pm - 2pm dan dari 5pm - 7pm. Tapi, waktu lain boleh juga masuk sekejap-sekejap tengok keadaan isteri atau untuk menghantar makanan kepada isteri. Suasana di bilik bersalin pun ada banyak bilik bersebelahan. So, sambil tunggu bukaan 10cm tu memang akan dengar jeritan ibu-ibu yang nak bersalin sana-sini di bilik-bilik sebelah. 

Daripada pengalaman menemani isteri bersalin di hospital kerajaan, boleh disimpulkan bahawa bersalin di hospital kerajaan xdela seteruk mana pun macam digembar-gemburkan. Doktor semua ok, jururawat pun baik-baik. Cuma x boleh nak pilih doktor, kalau doktor lelaki yang periksa pasrah je la. Selain tu, sementara nak tunggu isteri bersalin boleh jugak kenal dengan ramai kenalan baru yang sama-sama menanti di ruang menunggu dewan bersalin. So, berapa ye cas bersalin dan wad di hospital kerajaan. Di hospital kerajaan, dibahagikan kepada 3 kelas iaitu kelas pertama, kelas kedua dan juga kelas ketiga. Tapi, untuk default akan dimasukkan ke wad kelas tiga terlebih dahulu, kalau ade request baru akan dipindahkan ke wad kelas dua atau wad kelas pertama. Kos untuk bersalin normal RM10 je, beberapa jam lepas bersalin dah boleh balik rumah. Untuk kos pembedahan caesarean, RM100 je. Kos cas wad harian hanya RM3 sehari. 

Untuk kes isteri sy bersalin hujung bulan lepas, duduk kat wad 6 hari, bersalin secara pembedahan caesarean, sebelum tu setiap beberapa jam doktor akan periksa dan scan baby sekali, sehari sebelum doktor masukkan ubat Prostin dan kemudian masukkan balloon untuk mempercepatkan bukaan. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar hanyalah sebanyak RM140 sahaja. Sangat-sangat jauh bezanya dengan bersalin di hospital swasta. Berikut adalah pecahan kos wad dan juga kos bersalin di hospital kerajaan untuk rujukan rakan-rakan semua. 


Note: Post asal bertarikh 14 Nov 2012. Re-post semula kerana kehilangan kesemua blog post.
Reactions:

3 comments:

  1. bsalin hosp kerajaan ni org kata atas nasib,,ada yg ok..best je..

    ReplyDelete
  2. Byk improvement dr segi layanan staff & Doktor.. keep it up!

    ReplyDelete
  3. Saya nak Tanya. Kerajaan nak menaikkan harga sebanyak 50% tu da dikuat kuasa ke? Berapa kos pembayaran terbaru bersalin normal ? Dan kos pembayaran untuk klas 1 dan 2? Dan kalau klas satu balik seorang, suami boleh teman semasa didalam wad? Terima kasih

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.