• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Wednesday, November 20, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 3:33 PM
Kesinambungan dari entry "Andai Itu Takdirnya"...

(Watak utama kini sudah mempunyai nama dimana si lelaki yg bernama Ilham dan si perempuan bernama Izzah - untuk entry sebelum ini tidak dinyatakan nama kedua-dua watak ini)

Selepas peristiwa henpon tertinggal tempoh hari, hubungan antara mereka semakin intim dan percintaan mereka semakin mendalam. Tiada apa yang dapat memisahkan mereka lagi dan tidak lama lagi mereka bercadang untuk melangsungkan majlis pertunangan sebagai tanda ikatan kasih suci antara mereka. Pada satu malam, sedang Ilham sibuk dengan kerjanya yang tidak pernah habis Izzah menelefonnya untuk mengingatkan Ilham tentang janjinya untuk menjemput Izzah pulang dari kerja dan seterusnya mereka sama-sama pergi membeli barangan untuk persediaan majlis pertunangan mereka. Esoknya hari Sabtu dimana Izzah bekerja separuh hari. Tak cukup dengan call, Izzah turut menghantar sms "Esok awak jangan lambat tau, sy x suka tunggu lama-lama"... Dan Ilham meneruskan kerjanya tanpa disedari takbir subuh telah berkumandang menandakan hari baru bakal menjelma sedikit masa lagi. Tanpa menunggu lama, Ilham mendirikan solat subuh dan bersedia untuk tidur kerana sebentar lagi Ilham kena bangun untuk menjemput Izzah dari tempat kerjanya. Sebelum tidur, Ilham sempat menghantar sms kepada Izzah " Awak, sy br nak tido..nti dlm pkl 10.30 awak tolong kejut sy sbb sy takut terlajak nti, thanks"..

Tepat jam 1.00 ptg, Izzah keluar dr tempat kerjanya dan meninjau-ninjau mencari-cari kereta Ilham. Tidak kelihatan pun. Di dalam hatinya, Izzah membentak "Dah ckp dah smlm, jangan lambat tapi lambat jugak"..lalu Izzah pun mencari henponnya untuk menelefon Ilham. Mm..terpapar 3 new message di skrin henfon Izzah. Baru skrg Izzah baca msg Ilham dan memang begitu selalunya. Oleh  sebab kerja yang menimbun dan membebankan, Izzah jarang skali membaca msg di henponnya. Kebiasaannya setelah pulang dr kerja baru Izzah akan berkesempatan melihat2 henfon kesayangannya. Skali lg hatinya membentak "Dah tau nak kuar hari nie, gi tido lmbt pulak...tu yg x smpi2 lagi nie, ntah2 x bgn lg nie".. Lalu Izzah menelefon Ilham dan mmg sah x bgn tido lg. Dengan hati diselubungi perasaan marah Izzah teruk memarahi Ilham. Ilham yang terkejut dr tidur terpinga-pinga dimarahi Izzah dan akhirnya Izzah berkata "Takpela, sy balik sendiri kalau nak tunggu awak brp jam lagi baru nak smpi?" Tanpa smpt Ilham berkata apa-apa, Izzah memutuskan talian. Dicuba untuk menghubungi Izzah kembali, hampa..tiada jawapan. Memang sah Izzah terlalu marah hari ini.

Lalu Ilham bangun dr katil dan terus bergegas menyiapkan diri untuk ke rumah Izzah kerana dia tau lagi lmbt dia smpi lagi bertambah marah Izzah padanya. Tak lama lepas tu, Ilham sudah berada di dalam kereta dan bersedia untuk ke rumah Izzah yang mengambil masa lebih kurang 40minit untuk sampai. Di dalam perjalanan, Ilham cuba menghubungi Izzah..tetapi hampa, panggilan tidak di jawab. Dicuba beberapa kali lagi, masih juga belum di jawab. Niatnya untuk bertanya adakah Izzah dah smpi rumah & nak bgtau yg dia dah on the way. Tanpa berputus asa, Ilham masih cuba untuk hubungi Izzah kerana ingin meminta maaf atas sebab kelewatannya. Di sebelah Izzah, Izzah telah pun sampai ke rumah. Telefonnya dr tadi asyik berbunyi tetapi hatinya keras utk menjawab panggilan itu kerana dia tahu pasti panggilan tu dari Ilham. "Biarkan, sape suruh bangun lambat. Dah byk kali bgtau dah" katanya di dalam hati. Lalu Izzah mengambil henfonnya dan setkan henfonnya ke mode "Silent".

Ilham dari td tak berputus asa menghubungi Izzah. Hatinya semakin risau. Adakah Izzah dah smpi rumah? Dengan siapakah Izzah balik? Atau Izzah masih di tempat kerjanya? Disamping itu, niatnya ingin meminta maaf dengan Izzah sbb kelewatannya kerana dia tahu Izzah pasti terlalu marah kerana itu. Ilham paham sangat dengan sikap kekasihnya yang sangat menepati masa. Keadaan ini menyebabkan Ilham tidak fokus di dalam memandu kereta kerana fikirannya asyik memikirkan Izzah. Tanpa disedarinya, ada sebuah lori yg sedang rosak di tengah jalan. Bannnggg. Tanpa sempat menekan brek, Ilham melanggar lori itu. "Oh tuhan, mengapakah ini terjadi kepadaku??"... Ilham dapat merasakan darah panas mengalir dari kepalanya. Dalam keadaan itu, Ilham sempat menghantar sms kpd Izzah.."Maafkan sy awak kerana terlewat utk menjemput awak, mungkin selepas ini sy x boleh lagi menjemput awak. Hidup baik-baik. Tolong kol sy balik sbb sy sgt2 memerlukan awak saat ini.." Orang ramai sudah memenuhi tempat kejadian.

Di hospital, Ilham dimasukkan ke wad ICU kerana mengalami pendarahan yang teruk di kepala. Adik Ilham (Farah), kaum keluarga dan rakan-rakan telah memenuhi ruang menunggu di hospital. Semuanya tertanya-tanya kemanakah gerangan Izzah? Seorang demi seorang cuba menghubungi Izzah tapi hampa. Tiada satu pun panggilan dijawab kerana sejak tadi Izzah henfon Izzah di dalam mode silent dan ditinggalkan di dalam beg tangannya. Izzah pula, dari tadi menonton tv. Ntah apa2 cite pun dia x tau. Sbb hanya matanya yg menonton tetapi hati dan fikirannya melayang entah kemana. Masih lagi marahkan Ilham tp dalam masa yg sama dia merasakan sgt rindukan Ilham. Tp, bila ego dan amarah menguasai diri. Dibiarkan sahaja hinggakan tertidur di atas sofa.

Petang itu, Izzah terjaga dari tidur. Melihat-lihat sekeliling, sunyi je rumah nie. Si Ilham nie pun satu, bukan main lama x sampai-sampai...kan dah janji nak gi kuar beli barang hari ni. "Ntah-ntah tadi sambung tido balik..bukannye boleh percaya" bentak Izzah di dalam hatinya. Lalu, dia mengambil henfonnya untuk menghubungi Ilham. Mm.. kelihatan di screen henfon Izzah, 118 miss call & 23 new message. Terkejut Izzah melihatnya. Hatinya sudah mula tidak tenteram. Dilihat senarai miskol, terdapat nama Ilham, Farah (adik Ilham) dan beberapa nama lagi yang berkaitan dengan Ilham. Hatinya makin tidak keruan. Mengapakah semua org menghubunginya? Lalu di buka inbox message dan antara sms didalam inbox seperti berikut:

# Ilham : "Awak tolong call sy balik, sy sgt2 perlukan awak.."
# Farah : "Kak Izzah ade kat mane? Dah byk kali farah kol. Abg eksiden. Kritikal. Skrg ade kat ICU. Cepat dtg kak. Kami dkt HKL"
# Farah : "Nape akak x smpi2 lg? Cpt dtg kak. Sume org dah ade kat cni"
# Farah : "Akak gi mane nie? Nape susah sgt nak kontek akak? Kalau xde transport, nti farah dtg amik kat umah"
.........
Mesej terakhir... # Farah : " Kak Izzah.. abg dah xde lagi"

*** Buat Izzah, Ilham memang sambung tidur, tapi.. tidur yang x akan bangun lagi  :-( ***

Moral of the story... renung-renungkan & fikir-fikirkan la k. Ramai yang berpewatakan seperti Izzah. Kerana sebab yang kecil dan kerana perasaan ego dan amarah yg menguasai diri, dia kehilangan insan yang amat disayangi dan paling menyedihkan dia jd insan yg terakhir untuk mengetahuinya. Wassalam.


 p/s: Entry ini pernah dipost pada pertengahan tahun 2011, oleh kerana kesemua blog post hilang dalam sekelip mata, jadi re-post kembali.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.