• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Friday, November 29, 2013

Posted by FizwaN
1 comment | 4:39 PM
Insan yang bernama lelaki dicipta menjadi seorang yang sangat cekal, keras, tegas dan tidak mudah menangis. Bukan hanya kerana lelaki itu dicipta untuk menjadi pemimpin tetapi kerana lelaki dicipta untuk insan yang bernama wanita yang dijadikan dari tulang rusuknya untuk dilindungi, disayangi dan dicintai. Sebab itu lelaki tidak mudah untuk menangis dan mengalirkan air matanya. Pasti bila melihat seorang lelaki menangis.. dengan sinisnya kita akan bercakap "mana pergi sifat kelakiannya?", "baik jadi orang pompuan kalau nak nangis2 gini", "lembik tul la dia ni nak nangis2"..kenapa kita x berkata begitu kepada wanita yang menangis?..kerana begitulah lumrah hidup "Wanita Mudah Menangis dan Mengalirkan Air Mata".. tetapi amat janggal sekali bila seorang lelaki menangis... abaikan tentang lelaki lembut, itu ciptaan Allah yang istimewa..kita berbicara tentang lelaki sejati..tp, jangan dihina lelaki lembut kerana setiap sesuatu kejadian-Nya punya sebab dan hikmah tersendiri..

Datanglah pelbagai cubaan, dugaan dan cabaran dalam hidup..pasti sang lelaki akan cekal menghadapinya tanpa setitis pun air mata yang mengalir... tetapi, ada satu kelemahan lelaki yang boleh membuatkan dia menangis.. iaitu saat dia jatuh cinta dan mencintai seseorang.. Sang lelaki pasti akan menjadi terlalu cinta, segala apa yang dilakukan demi untuk melihat pasangannya gembira dan bahagia.. biar diri dan hidupnya susah tapi jangan sekali pasangannya.. hidupnya mula berubah, segala kecekalan, kekuatan dan ketabahan selama ini menjadi semakin berkurangan.. lelaki akan menangis bila insan yang dicintai menangis, lelaki akan menangis bila insan yang dicintai hidup susah kerananya.. lelaki juga akan menangis pabila ditinggalkan oleh "Cinta" sejatinya...

Buruk kan kalau lelaki menangis.. sebab tu jugak la lelaki x suke menangis.. sebab buruk sangat mukanye kalau menangis. Huhuhu... (image source : somaliaonline.com)
Cinta dan kasih sayang... betapa kuat seorang lelaki, pasti akan tewas dengan godaan cinta..tak kiralah cinta itu cinta suci atau juga cinta palsu.. untuk seorang yang bergelar wanita, jika anda belum bersedia untuk menerima cinta, jangan diberikan harapan pada lelaki..kerana lelaki mudah lupa dan terleka atas nama cinta.. jangan musnahkan hidup lelaki kerana cinta.. sejarah banyak menceritakan dan membuktikan kisah tentang tumpasnya lelaki kerana wanita, kerana kasih dan kerana sayang.. banyak kerajaan dan empayar juga musnah hanya kerana cinta.. betullah bahawa cinta dapat memberikan kehidupan tapi cinta juga boleh membinasakan kehidupan..

Cinta di dunia hanya sementara, bersama kita mengejar cinta abadi,
Reactions:

1 comment:

  1. tetapi kadang2 lelaki yg banyak musnahkan hidup wanita atas sifat kecurangan atau apa2 saja yg buat mereka Happy. sesungguhnya hidup bukan mudah tepai hidup itu indah jika pandai merencanakannya.

    tepuk dada tanya iman.

    semoga lelaki dan wanita disatukan atas dasar iman n takwa kepada allah.

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.