• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Saturday, November 23, 2013

Posted by FizwaN
2 comments | 11:21 AM
Sebelum nie kalau tampal gigi mesti gi Klinik Swasta, selalunya gi Klinik Dr. Munah kat Serdang. Tapi, oleh sebab klinik swasta charge mahal sangat dan kewangan yang agak tidak stabil sekarang nie, berubah angin gi tampal gigi kat klinik kerajaan iaitu Klinik Komuniti Seri Kembangan. Agaknye mungkin umur dah mencecah 30-an nie banyak gigi yang rosak. Setakat nie ade 4 gigi yang berlubang. Belah kiri sebatang atas, sebatang bawah...belah kanan pun sebatang kiri dan sebatang atas. Memang siksa la nak makan, dah xleh nak menikmati kesedapan makanan dah sbb makan je sakit gigi sbb sume nak masuk dalam lubang. huhuhu.. 

Minggu lepas gi tampal sebatang, semalam gi tampal sebatang lagi. Pengalaman tampal gigi di klinik kerajaan memang sangat berbeza dengan tampal gigi di klinik swasta, daripada kelengkapan, cara kerja doktor sehinggalah kepada bayaran. Dalam satu bilik ada dalam 4-5 kerusi pesakit di tutup dengan tirai je. So, kalau orang sebelah menjerit ke, menangis sebab sakit ke or ape2 je boleh dengar. Kerusi pesakit pun asal boleh pakai je, maybe sebab setiap hari terlalu ramai pesakit. Memang x boleh dinafikan setiap hari memang ramai orang gi klinik kerajaan, mungkin walauapapun orang cakap tentang kualiti klinik kerajaan, yang penting kena bayar murah. So, nak tak nak pegi je la klinik kerajaan. Still penyakit akan dapat disembuhkan cuma kena tahan skit la dengan keadaan di klinik kerajaan. 

So, bila nombor dipanggil akan masuk ke bilik rawatan. Doktor akan tanye nape? sakit ape & kat mane?then dia akan suruh baring.Tempat baring tu memang macam dah lama dah. Pastu doktor cek gigi dan mula la proses pembersihan & penampalan gigi yang menyakitkan. Huhuhu...selama ni kalau tampal gigi kat klinik swasta tak sakit pun. Yang tiub oksigen letak dalam mulut tu kejap2 tercabut..pastu last2 doktor suruh pegang sendiri guna tangan kiri...hahaha,kelakar lak rasa. Dah dua batang dah selesai. Tinggal dua batang gigi lagi je. Tapi, memang agak menyakitkan dan memang kasar je doktor tu buat keje. Dah dua kali gi, sama je. Maybe sebab sehari dia kena layan ramai pesakit yang macam-macam ragam & kalau dia buat elok2 pun still orang akan cakap yang bukan-bukan tentang kliknik kerajaan nie kan? so, mungkin sebab tu dia buat keje asal ok je. Banyak kemungkinan, so kena sentiasa bersikap positif.

So,bila dah selesai. Kos bayaran untuk tampal gigi di klinik kerajaan pulak, mm.. kena bayar RM3 je. RM1 untuk pendaftaran dan RM2 untuk tampal. Kalau kos bayaran untuk cabut gigi di klinik kerajaan pulak, RM1 je. So termasuk pendaftaran kena bayar RM2 je. Sebab tu la,walau macammana pun servisnya tetap ramai jugak yang akan ke klinik kerajaan. Begitulah pengalaman tampal gigi di klinik kerajaan. Walauapapun, tetap akan pergi dua kali lagi ^_^
Reactions:

2 comments:

  1. Aku pun nak gi klinik kerajaan malaysia je. Murah

    ReplyDelete
  2. Kalau klinik kerajaan boleh minta bius tak sebelum buat tampal gigi..sbb sya ada masalah trauma sikit bab tampal2 gigi nie..

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.