• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Sunday, December 1, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 1:43 PM
Bagi yang terus ke page ini boleh baca PART 1 di "Coretan Perjalanan : Melancong ke Pukhet  - Part 1". Untuk hari kedua di Pukhet, kami memilih untuk mengikuti Phi Phi Island Hoping Tour Package. Harga yang ditawarkan untuk dewasa 2800 Baht manakala untuk kanak-kanak 1400 Baht tapi lepas tawar menawar akhirnya kami dapat harga 1500 Baht, so lebih kurang dalam RM150 la..agak mahal (boleh dapat lebih murah kalau cari kat bandar/hotel) sebenarnya sbb naik je teksi dari Airport di pertengahan jalan untuk ke Patong Island pemandu teksi berhenti di sebuah premis agen pelancongan pukhet. Maybe dia ade komisyen kalau pelancong amik mana2 pakej kot. Oh ye..smpi je kat Airport Pukhet, ade macam-macam pilihan pengangkutan..ade teksi, kereta sewa, tut-tut dan bas. So, untuk lebih selesa dan selamat just pilih teksi je. Tambang pun xde la mahal sangat kot. Pukhet khususnya dan Thailand amnya memang terkenal dengan sektor pelacuran. So, jangan terkejut kalau sampai je kat airport ade je yang offer perempuan. Kalau yang datang sorang-sorang or single-single tu...siap boleh sewa perempuan sepanjang berada kat Pukhet..huhuhu...dia akan ikut kemana je kita pergi, siap ade khidmat urut di bilik lagi..huhuhu, memang kena kuatkan iman..siap ade tagline "Good Man Go To Heaven, Bad Man Go To Patong"...hehehe...bagi awek2 atau isteri2 yang mana bf or suami ckp nak gi bercuti kat Pukhet mesti dah cuak kan...hahaha...

Tuk-Tuk memang glamer kat Thailand

Ok sambung balik dengan Phi Phi Island Hoping Tour tu. Awal-awal pagi lagi dah ade van datang jemput kat depan hotel bawak gi jetty speed boat. Sampai di jetty speed boat, kami di kenalkan dengan tour guide kami. Memang sangat mesra alam. Tapi x berapa nak paham ape dia cakap mulanya. Maklumla orang siam ckp english. English dalam loghat siam. Nama dia ntah ape tak ingat sbb mcm susah nak sebut..tp, bila dia ckp memang susah nak ingat nama dia so just panggil dia "Pretty"...hahaha, mmg smpi skrg ingat sbb memang dia x pretty langsung... :-P

Jetty Bot, macam cantik lak gambar nie..
First skali kami di bawa ke Maya Bay. Memang cantik pantainya. Pasir yang sangat putih dan halus. Tempat nie sebenarnya penah dijadikan backdrop untuk penggambaran Filem "The Beach" yang dilakonkan oleh Leornardo Dicaprio tak lama dulu. Memang tempat yang cantik dan mendamaikan. 

Kalau tengok Filem The Beach, mesti perasan kan view nie.
Maya Bay kat Krabi Island rupanya.
Yang tak bestnye, ramai sangat orangnye...ade yang mandi, ade yang snorkeling, ade yang jalan-jalan, tangkap gambar, baring-baring & macam-macam lagi..macam-macam bangsa dari macam-mcam negara
Dalam 30-40 minit kami kat Maya Bay nie. Then, Miss Pretty dah panggil sbb lepas nie nak gi Monkey Beach pulak...untuk ke Monkey Beach kami lalu di Viking Cave..Gua nie dah didiami manusia sejak zaman pra-sejarah lagi. Sekarang nie, gua-gua kat Viking Cave nie digunakan untuk mengambil sarang burung layang-layang/walit... Kami juga di bawa ke Pi Leh Bay, tempat yang menarik untuk mengambil gambar permandangan dan dibuat poskad. Memang sesuai untuk photographer. Selepas tu, singgah di Loh Samah Bay,kat sini adalah tempat yang menarik untuk snorkeling..memang cantik, banyak ikan-ikan yang cantik dan berwarna warni...terumbu karang yang cantik...tp, berhati jangan sampai terpijak Landak Laut..memang duri dia tajam dan berbisa...Akhir skali kami di bawa ke Khai Island...sebuah pulau kecil di tengah laut..dikelilingi dengan kerusi dan ade sebuah restoren kecil ditengah2...kami lunch kat cni..dia cakap semua makanan Halal..tp, wallahualam.. tawakal je la..memang tempat yang menarik, ikan-ikan pun sangat jinak..memang boleh mandi bersama-sama dengan ikan-ikan kecil yang comel-comel...
Viking Cave

Monkey Island
Salah seekor penghuni Monkey Island..memang banyak Monkey kat pulau nie..
Khai Island - Banyak kan kerusi
Mandi dengan ikan-ikan - memang jinak-jinak ikan nie
Jauh Perjalanan, Luas Permandangan, Tak Ternilai Pengalaman

 Entry asal pada 20 Jan 2012. Repost kembali kerana kehilangan kesemua blog post.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.