• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Friday, December 27, 2013

Posted by FizwaN
No comments | 12:30 PM
Setelah selesai majlis perkahwinan keadaan sudah berbeza dari sebelumnya. Sekarang nie dah punya isteri untuk sentiasa bersama berjuang ke arah kehidupan yang lebih baik . Setelah genap 3 bulan pernikahan, hidup berkeluarga bertambah serinya dengan pengesahan bahawa isteri tercinta sudah hamil 7 minggu. Owh..hidupku semakin berwarna warni. Punya isteri yang cantik dan kini bakal mempunyai zuriat yang bakal mewarisi perjuangan dan legasi perniagaan sedang dibina pada hari ini. 

Memang simptom ibu mengandung, kebanyakkannya pasti akan mengalami muntah-muntah, lenguh-lenguh badan dan pelbagai lagi kesakitan yang perlu ditanggung akibat perubahan dan perkembangan bayi yang dikandung. Simptom yang paling popular adalah dikenali sebagai "morning sickness" iaitu loya dan muntah diwaktu pagi. Tapi, amat meruntun jiwa pabila melihat isteri tercinta bukan hanya muntah di waktu pagi tapi muntah setiap kali lepas makan. Segala yang dimakan, pasti akan keluar kembali. Hasilnya, badan menjadi sakit-sakit dan tubuh berasa sangat lesu kerana makanan belum sempat dihadam dan sebelum segala khasiat diproses semuanya keluar kembali. Bilakah keadaan muntah-muntah ini akan berakhir, ada yang berkata sepanjang trimester kehamilan yg pertama iaitu 0-12minggu. Ada juga yang ckp 3 bulan baru ok dan ada juga yang ckp sampai bersalin. Semoga janganlah sampai bersalin. Cukup hingga 12 minggu sahaja. Sbb sangat sedih dan pilu melihat pengorbanan isteriku aka pengorbanan seorang ibu dalam mengandung seorang anak.

Apabila melihat dan merasai susah payah seorang ibu mengandung dan kecekalan seorang ayah melayan kerenah ibu yang sedang mengandung, timbul seribu keinsafan betapa besarnya kasih sayang insan yang bergelar ibu dan ayah. Itu baru mengandung, didalam membesarkan anak juga pasti perlukan pengorbanan yang lebih besar beserta kesabaran dan kecekalan dalam memastikan masa depan anaknya terjamin. Sebagai anak, walau macammanapun keadaan ibubapa pada hari ini ingatlah bahawa suatu masa dulu mereka pernah bersusah payah didalam membesarkan kita. Bagi yang punya ibu bapa dimana kasih sayangnya tidak pernah kurang, maka bersyukurlah dan hargailah ikatan itu. Dan bagi yang punya ibu bapa yang tidak lagi menunjukkan kasih sayang itu, belajarlah menyayangi mereka dan hargailah kewujudan mereka kerana dari merekalah kita dapat melihat dunia nie. 

Berbalik kepada kisah muntah-muntah aka "morning sickness" tu. Semua ibu yang mengandung wajib untuk makan pil yang mengandungi folik acid yang sangat bagus untuk perkembangan bayi. Tp, masalahnya lepas je makan folik acid nie, makin bertambah loya tekak dibuatnya. Terasa pedih ulu hati dan seperti sesuatu tersangkut di tekak. Adakah kerana folik acid nie bercampur dengan acid dalam perut mengakibatkan rasa pedih ulu hati nie?. Kalau dalam keadaan normal, bila berlakunya pedih ulu hati nie kita just telan Gaviscon then tak lama lepas tu elok la. Tp, satu lagi persoalan... adakah Gaviscon sesuai dan selamat untuk ibu mengandung? Jawapannya ialah ya, ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengambil dan selamat untuk menggunakan Gaviscon. Ada tertulis di label botol Gaviscon bahawa Gaviscon sesuai untuk ibu hamil/mengandung dan yang sedang menyusukan anak. So, bagi sape2 yang tengah diawal kehamilan & sakit pedih ulu hati boleh la mintak En. Suami belikan Gaviscon ya. 
Siang tadi Cik Aina mengidam nak makan ikan kukus halia. Maka terhasillah menu hidangan ibu mengandung. Nasi putih + Sayur bayam + Ikan Kembung Kukus Halia - Malangnya, semua nie dimuntahkan kembali. Takpe, nanti akan masak lagi :-)
 Entry asal pada 8 March 2012. Re-post kembali kerana kehilangan kesemua blog post. Baby dalam perut dah keluar & dah berusia masuk 1 Tahun 3 Bulan pun :-)
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.