• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Tuesday, December 10, 2013

Posted by FizwaN
3 comments | 1:45 PM
Di satu ketika, di satu tempat dan di satu petang, dua orang teman baik sedang duduk di atas pangkin di tengah-tengah bentangan sawah padi yang subur menghijau. Seorang gadis bernama Cinta dan seorg lagi pemuda yang bernama Sahabat. Kelihatan ketika itu, Cinta sedang menangis teresak-esak kerana baru dilukai dan dikhianati oleh Sang Kekasih. Disebalik esakan tu, Sahabat tetap setia menemani Cinta, mendengar dan turut menangis bersama. Katanya "Perasaan hati itu mmg sesuatu yang sukar untuk dimengertikan, dengan hanya sekelip mata dan oleh kerana sesuatu kejadian ia dapat berubah dgn sekelip mata. Sekali kita ingin memasuki alam percintaan, kita kena slalu bersedia untuk menangis. Jd menangislah temanku andai itu dapat menenangkanmu, aku akan setia disisimu. Aku mungkin tidak mampu utk membuatkan hatimu gembira tp aku boleh menangis bersamamu.

Setelah beberapa lama melayan perasaan dan kisah sedih percintaan temannya, Sahabat tiba-tiba bangun dan berkata, ayuh Cinta kita ke tepi pantai sana.. aku tunjukkan padamu permandangan tatkala matahari sedang terbenam yang cukup indah dan tak pernah kau temui sebelum ini. Pastinya kau akan berasa cukup tenang dan bahagia.  Mendengar kata-kata Sahabat, Cinta menjadi teruja pada keindahan dan kebahagiaan yang diperkatakan, lupa seketika tentang kesedihan hati. Lalu mereka pun beriringan berjalan menuju ke pantai, kadangkala Cinta mendahului Sahabat kerana ingin cepat sampai ke destinasi yg dituju. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Cinta terjatuh ke dalam sebuah lubang yang gelap dan berbahaya. Lalu sahabat dengan penuh kerisauan berkata, "Oh Cinta, mengapakah engkau tidak dapat melihat bahaya di hadapanmu?" Lalu Cinta pun menyahut "Sahabatku, aku terlalu asyik dan teruja dengan keindahan yang engkau ceritakan lalu aku tidak memperdulikan sekelilingku dan aku ingin sekali cepat sampai ke sana" Sambil menggelengkan kepala, Sahabat berkata sendirian "Cinta, sesungguhnya keindahan & kebahagiaan telah membutakan matamu. Kau terlalu ingin cepat untuk mencapainya membuatkan kau tidak berhati-hati lalu kau terjatuh ke dalam kegelapan ini. Satu hari, kau akan mengerti bahawa tiada dalam pintas untuk mencapai kebahagiaan"... Lalu tanpa membuang masa, Sahabat turut terjun ke dalam lubang itu demi untuk mendapatkan Cinta. Sampai ke bawah, Cinta terkejut dan memarahi Sahabat "Kenapa kau turut terjun ke bawah ini sedangkan kau tahu disini terlalu gelap dan berbahaya, tinggalkan saja aku di sini kerana salahku kerana tidak berhati-hati hingga aku jatuh ke dalam lubang yang gelap ini'"...Sahabat menjawab "Janganlah kau marahi aku, sebaliknya kau harus menghargaiku kerana aku sanggup lakukan apa saja demi temanku dan aku xkan pernah akan tinggalkan dirimu sendirian". Diselukkan ke dalam saku seluarnya sambil menyalakan pemetik api membuatkan persekitaran yang gelap itu kembali terang sambil berusaha mencari jalan untuk membawa Cinta kembali ke atas... Di dalam hatinya Cinta berkata "Sahabat, aku tidak menyangka yg kau sanggup bersama-samaku di dalam kegelapan ini...kau terangkan kegelapan ini dan kau berusaha membawaku keluar dari kejatuhan ini "...

Setelah beberapa lama mencari jalan, akhirnya mereka berjaya kembali ke atas. Tetapi, hari dah semakin gelap dan matahari pun dah lama tenggelam. Terasa hampa di hati Cinta kerana dia x dpt melihat keindahan yang sudah semakin hampir dengan dirinya kerana kesalahan dirinya sendiri. Lalu Sahabat memujuk, xpelah Cinta...esok kita boleh ke sini lagi. Tapi, belum tentu kita dapat melihat keindahan itu sbb kita belum tahu cuaca pada hari esok. Andainya hujan atau mendung, awan akan menghalang pandangan kita. Tapi, kita masih boleh berharap dan berdoa semoga esok adalah hari yang cerah dan indah. Cinta menjawab,"Mungkin kita boleh melihatnya keindahan itu satu hari nanti kerana esok aku perlu kembali ke tempatku. Ketahuilah Sahabat bahawa aku amat senang dengan kamu, sejak sekian lama kau selalu ada disisiku tatkala aku memerlukan seseorang. Moga persahabatan kita ini akan berkekalan selamanya.." Sahabat hanya mampu tersenyum dan berkata di dalam hatinya "Cinta, mengapakah selama ini kau tidak pernah mengerti bahawa aku amat menyintaimu? Aku sanggup lakukan apa saja demi melihat kau gembira dan tersenyum. Terlalu banyak yang telah aku korbankan dalam hidup ini demi untukmu. Mengapa kau dapat menerima kehadiran orang lain dihatimu tapi bukan diriku? Semoga suatu hari kau menyedari kewujudanku dalam hidupmu dan dapat membuka hatimu untukku. Aku akan sentiasa menantimu dan akan sentiasa menjadi temanmu yang paling rapat.."

Image Credit : Mr. Google
Keesokkannya, Cinta kembali ke tempat tinggalnya dan dari semasa ke semasa tetap menghubungi Sahabat. Hubungan yang amat dihargainya. Satu hari, Cinta menelefon Sahabat dan dengan suara yang cukup ceria dan bahagia dia berkata "Sahabat, aku ingin kau menjadi orang pertama yang mengetahuinya." "Ketahui apa?apakah yang telah membuatkan kau gembira pd hari ini?"..."Mmm..aku ingin berkongsi sesuatu denganmu, Sahabat.. aku telah jatuh cinta lagi dengan seorang lelaki yang cukup istimewa yang aku kenali 3 bln yang lalu....bla..bla...bla..bla..." Disebalik suara kebahagiaan Cinta di speaker telefon, tanpa dia ketahui...air mata Sahabat mengalir deras. Hatinya cukup sebak, sedih dan menangis. Cukup hampa terasa. Oh tidak, terlalu berat dugaan ini. Lalu dia berkata didalam hatinya "Oh Tuhanku, apakah perencanaanMu kepada diriku? Mengapa aku tak mampu untuk memiliki gadis yang amat aku cintai dan sayangi ini? Mengapakah hidup ini tidak berlaku adil kepadaku? Dan Cinta, mengapakah kau tak dapat melihat hatiku? Smoga kau bahagia dan aku akan tetap menjadi temanmu, selamanya...."

Tamat. Berakhirlah sebuah kisah.

"If Love Is The Answer, Can You Please Repeat The Question??"


Reactions:

3 comments:

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.