• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Thursday, December 12, 2013

Posted by FizwaN
2 comments | 2:59 PM
Saat seorang ibu melahirkan anaknya adalah saat perjuangan paling getir antara hidup dan mati. Saat yang sangat-sangat menyakitkan lagi memeritkan. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu didalam melahirkan kita didunia ini. Kalau tak silap, setiap ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak akan dianggap sebagai mati syahid dan dijanjikan syurga (betulkan saya jika tidak benar).

Tapi, kenapa masih ada anak-anak yang sanggup menderhaka pada ibunya? Memukul, menghina, menghamburkan kata-kata kesat dan ada juga yang memutuskan hubungan dengan ibunya. Sedangkan, hubungan antara ibu dengan anak tidak akan terputus hingga saat kematian sekalipun. Mengapa begitu? Kerana tatkala seorang anak meninggal dunia, dalam bacaan talkin namanya akan disebut ber"bin" dan ber"binti"kan ibunya. Jadi, betapa benci dan sejauhmanapun dibuang seorang ibu itu, namanya tetap akan disebut disaat kematian anak yang derhaka itu.

Di dalam Al-Quran, Allah telah melarang anak-anak dari melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar dan boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

Begitu juga di dalam Surah Luqman :

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)


Di satu ruang yang kecil kita dilahirkan. Owh betapa sakitnya. Memang benar kata orang bersalin tu sakit.

Bagi yang tidak dapat membayangkan betapa sakitnya seorang ibu didalam melahirkan seorang anak didunia ini, mungkin anda boleh bayangkan dengan gambaran didalam video ini:


Kalau dilihat dari video nie, memang dapat dirasakan betapa sakitnya bersalin itu. Jadi, hormati dan sayangilah ibu kita selagi dia masih bernyawa. Tanpa dia kita takkan wujud didunia ini. Tanpa pengorbanan dan kerelaan hatinya, kita takkan boleh melihat dunia ini. Tanpa perjuangaan dia, kita takkan bernafas pada hari ini.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Reactions:

2 comments:

  1. salam fizwan..
    yupss..sungguh besar pengorbanan seorang ibu..seawal dari kandungan hingga dewasa
    di tatang bagai minyak yang penuh..mampu kah seorang anak walau sesaat tidak menyakitkan hati seorang yang bergelar ibu..

    I love u mak..so much :)

    ReplyDelete
  2. besar pengorbanan seorang ibu. ALLAH. :')

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.