• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Tuesday, May 20, 2014

Posted by FizwaN
7 comments | 12:18 PM
Pada hari ini, banyak perniagaan terutamanya butik pakaian yang menggunapakai konsep vendor pelbagai ini. Ini kerana, ianya memberikan keuntungan kepada semua pihak; pemilik butik, vendor dan pelanggan. Jika ada yang belum faham tentang vendor pelbagai (multiple vendor) ini, konsep ini adalah seperti berikut. Seseorang mempunyai produk menjual kebaya nyonya contohnya, membuka sebuah butik pastinya perlukan modal yang besar dan memerlukan stok yang banyak. Jadi, modal ini dikongsikan dengan peniaga-peniaga yang lain dengan pelbagai produk yang berkaitan dengan fesyen dan stok juga dikumpulkan ke dalam satu butik. Jadi, secara tidak langsung butik yang kosong dan kekurangan produk dapat dipenuhkan dengan lebih cepat. Daripada hanya menjual baju kebaya nyonya, butik ini turut boleh menjual baju kurung moden, tudung, dress, seluar, beg tangan, kasut dan sebagainya. Disini kelebihan kepada pelanggan, kerana sekali memasuki butik ini semua produk dari kepada hingga ke kaki ada dijual. Pastinya akan menjimatkan masa dan wang. Pemilik butik dan semua vendor akan sama-sama melakukan pemasaran dan pengiklanan agar lebih ramai pelanggan datang ke butik.

Konsep vendor pelbagai ini adalah sama juga dengan konsep bisnes networking. Dimana disebalik sebuah perniagaan yang kecil dapat menjadi lebih besar dengan rangkaian perniagaan pelbagai di bawah satu niche. Pemasaran dan pengiklanan dilakukan bersama. Jika seorang pelanggan datang ke butik kerana ingin membeli baju kurung moden pada asalnya, mungkin bila balik nanti bukan hanya baju kurung moden yang dibeli tetapi turut membeli tudung, kasut dan beg tangan untuk dipakai bersama baju kurung. Begitulah matlamat utamanya vendor pelbagai ini. Pastinya menguntungkan semua pihak kan? Butik saya yang sedang dalam pengubahsuai iaitu IzzLegacy Boutique juga turut serta didalam konsep vendor pelbagai ini. Jika rakan-rakan mempunyai perniagaan dan ingin turut serta, boleh la hubungi saya untuk keterangan lanjut ya.

Update Jun 2016 : Sekarang nie saya dah tak meneruskan konsep vendor lagi sebaliknya saya tumpukan sepenuhnya kepada butik baju kebaya sahaja. Mengapa saya tidak lagi meneruskan konsep butik vendor? Jemput baca entry ni ya : Kenapa Saya Tidak Meneruskan Konsep Vendor Butik?
Reactions:

7 comments:

  1. menarik konsep nie... teringin pula nak buat bisnes konsep nie :)

    ReplyDelete
  2. Ade kosong lagi slot vendor sy berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade je. Jual produk ape? boleh call/sms/whatsapp no ni ye: 0126907705

      Delete
  3. Salam En Fizwan.Ada lg kosong tak tuk vendor?butik katna?

    ReplyDelete
  4. Kalau betul apply konsep vendor memang best..
    Tapi sangat sedih bila pemilik butik tak wat promosi langsung.. dalam sebulan hanya 2kali je..tapi as vendor pulak share n tag je semua pemilik boutique yang vendor join. Kalau ikutkan konsep vendor ni bisnes sama berkembang..

    sy salute bg pemilik boutique yang berusaha untuk share dalam 2-3hari.

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.