• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Sunday, July 13, 2014

Posted by FizwaN
1 comment | 5:33 PM
Hari nie genap dua minggu kita berpuasa. Memang terasa sangat cepat masa berlalu. Mungkin kerana sy sangat sibuk dengan kehidupan seharian. Ya memang sangat sibuk dan sedang bekerja keras sekarang nie. Rasanya lama dah tak bercuti. Sejak dua bulan yang lalu memang tak pernah cuti rasanya. Memang raya nie kena cuti lama sikit nampak gayanya. Kalau sebelum nie, siang malam siapkan butik. Dari mengecat hingga dekorasi memang buat sendiri, nak save cost la katakan. Bila butik dah siap dan mula beroperasi sejak 16 Jun 2014 yang lalu memang bertambah struggle. Siang malam mempromosikan butik. Mengharapkan ramai pelanggan yang datang. Alhamdullillah mungkin kerana saya dan wife aktif didalam mempromosikan butik di Facebook dan Instagram, ada jugak la pelanggan yang datang bershopping di butik sy nie. Nak harap kawan-kawan & sedara mara support sampai ke hari nie ade la sorang dua je yang datang.. so, memang kena bekerja keras sehingga pada satu tahap butik saya ni dah sangat dikenali mungkin baru boleh menarik nafas lega dan baru boleh berehat rasanya. 

Mungkin ada yang cakap, senang la hidup dah ada bisnes sendiri.. dah ada butik, dah ada pekerja. Tapi, disebalik pandangan mata kasar seseorang tu ada keperitan dan kesungguhan yang tiada siapa yang tahu dan mengertikan. Hanya insan-insan yang berada ditempat yang sama sahaja mungkin memahami keadaan saya sekarang nie. Tekanan lebih dirasa kerana butik saya nie berkongsepkan vendor butik. Jadi, ramai rakan-rakan niaga yang meletakkan produk mereka di butik saya nie. Tanggungjawab saya dan wife bertambah besar kerana kami perlu berusaha kerana didalam menjual produk kami iaitu baju kebaya nyonya dan juga perlu memasarkan produk-produk rakan niaga yang lain. Memang sangat memenatkan sekarang nie. Semoga suatu hari nanti kami akan berjaya dan mendapat ramai pelanggan untuk datang ke butik kami. Insyaallah. Rakan-rakan tolong doakan ye. 

Kalau nak shopping raya nanti, tolong sokong kami ye. Jemput datang shoping ke butik kami di Izzlegacy Boutique, 28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3, The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. No. tel: 0389596970 / 0126907705 / 0123199026. Nak beli online pun boleh, boleh beli kat website rasmi Izzlegacy Boutique : http://www.izzlegacy.com/shop


Saya juga sedang membuka peluang kepada rakan-rakan blogger untuk review butik dan produk di butik saya. Syaratnya mempunyai trafik blog yang tinggi, tinggi mana? Emailkan je pada kami visitor statistik blog anda ye. Nanti kalau ok kami akan invite. Tapi, kena datang butik kami & bawak kamera or guna phone kamera pun ok. Lepas tu baru boleh review. Setiap review/entry akan kami bayar. Berapa ringgit? Nanti kami akan inform dalam email k. So, boleh la kira macam duit raya jugak la kan? Kalau berminat nak review butik kami, boleh email ke alamat email nie ye: admin@izzlegacy.com.
Reactions:

1 comment:

  1. waaa untung lah siapa yg dpt ke butik awak dan boleh dpt review...baju kebaya pon semuanya cantik2...

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.