• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Saturday, August 9, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 3:54 PM
Tahun nie je dah dua kali handphone hilang. Memang menyusahkan dan merugikan bila handphone hilang nie. Semua contact hilang. Lebih terasa kerana saya buat bisnes sendiri. Jadi semua nombor phone customer butik dan juga semua peserta yang dah book untuk join kursus bina website ecommerce dah hilang. Memang sangat merugikan sbb tak boleh nak follow up dah. Masa handphone hilang awal tahun nie, semua contact dah save di Google tapi rupanya tak synchronize. So, tak semua yang dapat balik. Maybe 20% je yang dapat balik. Tak tau nape? Maybe phone sebelum ni yang bengong atau diri sendiri yang tak pernah nak synchronize contact. Sbb rasanya auto, maybe kena buat manual jugak kot. Huhuhu..

Bila handphone hilang, simcard boleh dapat yang baru tapi kena la bayar dengan Maxis (oleh sbb pakai line Maxis) RM30 kalau tak silap. Sekarang nie mengharapkan semua orang akan contact balik dan kena buat sesuatu dengan contact nie. Maybe kena salin kat buku or kena taip & save di laptop kot. Tapi rasanya cara konvensional jugak yang selamat. Salin kat buku. Sbb kalau kat laptop, buatnya hilang or kena virus abis jugak hilang semua list contact yang dah save tu. 

 Kepada semua, jaga elok-elok phone korang ye. Sbb memang takde ape yang untung bila phone hilang nie. Semuanya rugi-rugi je. Kena beli phone baru, kena bayar untuk dapat balik simcard, kena mintak balik no phone kawan-kawan & sedara mara dan semuanya memang menyusahkan kan? Yang jumpa phone tu pun tak pernah ada yang jujur. Kenapa rakyat Malaysia nie takde kesedaran dan tak ramai yang baik hati ye. Kot ye pun jumpa phone orang lain, tak perlu la off phone tu. Sbb sure owner phone akan call balik phone dia yang hilang tu. Bila owner call, jawab dan boleh jumpa owner untuk pulangkan phone dia yang hilang tu. Tapi, dah dua kali hilang phone. Dan dua kali jugak la bila call balik phone yang hilang tu dah pun off. Masuk voice mail je. Dah la phone murah je. Beli pun RM300 lebih je. Banyak calar dah pulak tu. Huhuhu... Memang kena beli handphone murah sebab kalau hilang tak terasa sangat. Kalau handphone yang harga beribu yang hilang mau mogok lapar seminggu. Hehehe..
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.