• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Friday, August 15, 2014

Posted by FizwaN
3 comments | 4:43 PM
Macam panas je tajuk entry kali nie. Nak tau kenapa? Gini kisahnye. Oleh sebab skrg nie banyak habiskan masa di butik, balik rumah pun dah lewat memang jarang sangat guna internet dan tgk tv. Dekat butik pun dah ade Unifi jugak. Penat kalau nak bayar dua akaun sekali sbb total dah dekat RM350 sebulan. So, memang wajib terminate satu. Register Unifi bln 2 tahun 2011. Antara pelanggan terawal. So, dah lebih dua tahun memang dah xde contract. Kalau terminate tak sampai dua tahun langgan Unifi confirm kena penalti. Bulan lepas, ade terima call dari TM offer nak reduce bayaran bulanan dari RM149 kepada RM130. Dia cakap sebab dah lama pakai, bill bulan-bulan bayar cantik dan tak pernah tertunggak (nampak sangat tipu & tak cek akaun sbb selalu je bayar lambat or dah kena suspend baru byr sbb jarang guna - kantoi orang marketing Unifi tak buat keje :-p) so, sebagai menghargai dia cakap akan reduce bill kepada RM130. So, save la bulan-bulan RM19. Cepat-cepat mintak confirmkan dan mintak no IC tanda setuju. Oleh sebab, orang TM yang call ni tak buat keje, sure la rasa macam ade something wrong kan? So, saya tanya kalau saya setuju ada apa-apa syarat or contract tak? Baru la nak bgtau yang contract akan renew lagi dua tahun sebab bill baru. Nampak tak permainan kotor kat situ? Rasanya dah dekat 10 - 15 minit on call, dgr dia explain tentang reduce amount bill nie sampai dah mintak no. IC utk closed deal tapi saya tak dengar pun dia cakap kalau setuju, ada contract baru lagi 2 tahun. Maksudnya lagi 2 tahun tak boleh nak terminate dan kalau nak terminate kena la penalti. Tak tau la. Tapi, confirm amount penalti yang tak masuk akal kan? So, dari jimat RM19 sebulan kena penalti beribu ringgit memang sangat merugikan. Persoalannya kenapa dia tak bagitau awal-awal ada contract baru? Or maybe lepas dah setuju & dah sahkan semuanya baru last dia akan cakap "Encik, terima kasih kena menerima tawaran kami. Untuk jumlah bill baru RM130 ada contract baru selama dua tahun dan sepanjang dua tahun Encik tak boleh terminate akaun kerana jika tidak Encik akan dikenakan penalti". Ok. Dah tak boleh nak undur dah. Sebab dah setuju. Dan awal-awal lagi dia cakap "Perbualan ini dirakam untuk...bla..bla..bla". Jadi, untuk dua tahun lagi kena setia dengan Unifi. Cantik kan game yg dia mainkan?

Rasanya banyak dah rugi sepanjang guna Unifi nie. Sebabnya jarang guna kot. Satu lagi, pernah masa wife nak bersalin & saya pulak outstation. Dalam 3 bulan jugak la tak balik rumah. So, maksudnya 3 bulan la tak guna Unifi. Bila call cakap tak nak guna, katanya kena terminate. Kalau tak sampai dua tahun kena penalti dan kalau nak terminate kena datang TM Point isi borang dan kena pulangkan modem/router unifi. Macammana nak pulangkan sebab rumah kat KL & saya outstation dekat Terengganu. Takkan semata-mata nak balik KL sbb nak ambil router/modem Unifi je kan? So, tanya pihak TM ada cara lain tak sbb sy memang tak nak guna dalam masa 3 bulan. Kalau tak silap, rasanya dia cakap boleh mintak suspend akaun. Tapi, ada beberapa step yang saya pun dah tak ingat dan kesimpulannya memang menyusahkan. So, saya cakap takpe la. Sedekah je la RM450 untuk buat bayar gaji staff TM.

Trust Us. We know how to make money by manipulate our customer :-)
Akhirnya minggu nie, setelah sekian lama. Akhirnya terminate jugak Unifi. Tapi, bila dah isi borang, kasi salinan IC, kasi router Unifi balik katanya proses pemotongan dalam masa 14 hari. Jadi, saya masih kena bayar bill sehingga proses selesai. Jadi, jika katakan ambil masa 10 hari baru "proses pemotongan" tu berjaya, maksudnya saya masih perlu bayar bill untuk 10 hari ataupun jika diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit saya perlu bayar lagi RM50 walaupun saya dah buat pemotongan dan dah tak guna perkhidmatan Unifi lagi. Kenapa masa saya isi borang tak terus terminate? Kalau ada tunggakan boleh terus mintak saya selesaikan semua. Kenapa perlu masa sampai 14 hari? Kerugian yang perlu ditanggung dan niat sedekah je la kan? Sekarang semua nak cekik darah je. Yang menanggung kerugian, rakyat jelata yang bersusah payah mencari duit setiap hari. Kesian kan?


Reactions:

3 comments:

  1. Saya dah pun terminate service dengan TM setelah lebih 5 tahun guna Streamyx, makin lama pakai service makin menyakitkan hati... bukan nya nak menghargai pengguna.. Unifi pun 2 tahun buat permintaan, tak pernahnya sampai serbis ke area rumah..

    ReplyDelete
  2. Kakau x bayar balnce bill macam mana ek? Semua da pulang dh...

    ReplyDelete
  3. aku mmang x halal kan duit kt syarikat unifi dan sekutu sekutunya

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.