• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Saturday, August 16, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 11:44 AM
Pernah tak tengok orang naik basikal kutip kotak?Atau tepi jalan, tempat pembuangan sampah or mana-mana tempat yang berkaitan ada nampak orang kutip sampah?kadang-kadang bawak anak ikut sama-sama kutip kotak demi sesuap nasi. Mungkin ada yang melihat dengan perasaan simpati, ada yang melihat dengan rasa rimas, ada yang melihat dengan pandangan kosong dan tanpa apa-apa perasaan. Tahu tak korang berapa ringgit je yang diorang dapat dari jualan kotak-kotak tu? Kalau rasa kehidupan sekarang nie serba kekurangan, duit selalu tak cukup, selalu merungut tentang nasib.. bersyukurlah dengan rezeki yang dikurniakan Allah untuk kita sehari-hari. Ini kerana, masih ada ramai lagi yang lebih susah dan sangat susah dari kita kat luar sana.

Masa setup butik tempoh hari, banyak kotak-kotak sebab kebanyakkannya barang baru. Jadi, kumpul semua kotak sebab senang nak buang. Terfikir pulak daripada buang baik jual. So, kumpul semua kotak-kotak yang ada. Banyak jugak la. Bila angkat, berat jugak. Macam dalam 10kg jugak. Sebab masa turun tangga nak bawak ke kereta boleh tahan jugak berat rasanya. Bila sampai ke kedai yang membeli barangan kitar semula, alat penimbang dari mata kasar pun dah nampak tak boleh percaya. Tp, readha je la. Lepas timbang katanya 8kg. Mm.. rasa macam lebih berat dari 8kg je. Tp, kira ok la. So, dia bagi la duit. Nak tau dapat berapa ringgit hasil dari masa-masa yang digunakan untuk mengumpul kotak dan tenaga yang digunakan untuk mengangkat kotak-kotak tu ke kereta selain dari duit minyak untuk ke kedai membeli barang terpakai tu? Memang tak berbaloi pun. Dapat la RM3.20 untuk 8kg. So, kiranya 1kg RM0.40 aka empat puluh sen je. Ya, 40 sen.

Banyak ni punya kotak selepas di lipat-lipat, di compress dapat la 8kg =  RM3.20

Kalau sebelum nie, marah-marah or rasa rimas bila tengok orang kutip kotak, tin kosong or apa-apa barang kitar semula yang lain, atau memandang tanpa apa-apa perasaan, ketahuilah bahawa mereka berusaha dan bekerja lebih keras dari kita untuk mencari duit untuk hidup atau lebih tepat untuk makan. Bekerja di bawah panas matahari, berpeluh-peluh, menggunakan keringat dan tenaga untuk mengangkat kotak-kotak dari satu tempat ke satu tempat. Kayuh basikal je. Berapa berat je kotak yang dapat di bawa dengan basikal. Katakan 10kg, so, berat-berat kayuh, penat-penat kumpul kotak-kotak yang dibuang ditepi jalan, tepi kaki lima, depan rumah dan pejabat... dapat la RM4.00. Apa yang boleh dapat dengan RM4.00. Nak makan satu hari pun tak cukup kan? Belajar la bersyukur ye :-)
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.