• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Saturday, September 6, 2014

Posted by FizwaN
12 comments | 12:18 PM
Sebelum ini saya ada menulis satu entry tentang Kenapa Saya Buka Vendor Butik, dan hari entry ini adalah sambungan kepada entry tersebut. Ya, sebelum buka vendor butik, dah banyak perkara nak kena fikir dan bila dah buka, berkali ganda perkara yang perlu difikirkan. Ramai yang mendaftar sebagai vendor, meletakkan produk di butik kemudian setiap hari akan tanya "ada laku tak?", "berapa banyak jual arini" & macam-macam lagi. Maybe kebanyakkannya tidak faham tentang konsep vendor butik nie. Dan tidak ramai yang ingin berkongsi tetapi untung nak lebih. Seperti yang saya terangkan dalam entry sebelum nie, vendor butik ini adalah berdasarkan ataupun berasaskan perkongsian dimana, sama-sama membuat marketing dan membawa pelanggan ke butik. Ini tidak, lepas letak produk kat butik terus senyap. Tengok kat dia punya Instagram dan Facebook Page, xde pun inisiatif  nak buat promosi. Semuanya mengharapkan pemilik butik vendor semata. 


Bagi sesiapa yang hanya melihat dengan mata kasar, mesti cakap untung la ada ramai vendor, butik pun penuh dengan pelbagai produk. Tapi, sebenarnya memang sangat memenatkan. Penat nak promosi, penat nak layan pelanggan yang datang, penat nak ambil gambar dan promote di Instagram, Facebook, Blog dan sebagainya, penat nak layan karenah vendor, penat kemas dan macam-macam lagi la. Itu belum hujung bulan lagi, bila hujung bulan nak kena buat sales report pulak. Yang pasti, masuk je 1 haribulan, memang dah dapat sms/whatsapp dari vendor tanya tentang sales report dan duit jualan. Ada juga yang jenis tak paham dan jenis yang tak boleh nak sabar, bila lambat sikit or sales kurang dan bising-bising, keluarkan kata-kata yang tak enak didengar, perli-perli dan macam-macam lagi. Kenapa nak serahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pemilik butik? bayar sewa lot vendor RM1,000 sebulan yela juga nak bising-bising or marah-marah. Ni baru average RM150 sebulan. Bergantung pada produk, paling mahal pun RM300 dan paling murah RM50 je. Kalau RM150 tu, kalau dikira baru RM5 sehari. RM5 tu la nak bayar duit pemasaran, nak bayar gaji pekerja, nak bayar sewa premis, nak bayar Internet, nak bayar elektrik dan macam-macam lagi. Jadi, sebagai seorang vendor, kena fikir tentang tu. Jangan terlalu mendesak. Sebab, vendor-vendor yang jenis macam tu memang tak lama la jawabnya. Untung ada orang nak bagi sewa lot dengan harga yang murah. Pulak tu buat pelbagai pemasaran untuk produk yang diletak di butik, bawak ramai pelanggan ke butik, tapi bila sales takde or kurang dan bising-bising. Ramai customer yang datang butik, tak semestinya akan beli semua produk. Ada produk yang dapat sambutan ramai, memang sales tinggi. Tapi, ada juga produk yang sesuai atau dicari oleh golongan tertentu je. So, kena la faham. 

Untuk butik saya, kontrak sewaan vendor diperbaharui setiap 3 bulan. So, vendor yang jenis tak paham dan asyik nak marah-marah or bising-bising tu, lepas 3 bulan, silalah datang ambil semua produk anda bawak balik ye. Sebab kontrak anda tidak akan diperbaharui dan anda tidak diperlukan di butik kami. Tak kisahlah sales banyak mana pun. Kalau asyik nak pressure je, better gi cari butik vendor yang lain. Sebab, butik saya nie pun ramai yang tengah tunggu queue untuk jadi vendor. Ada macam-macam permohonan dan macam-macam produk. So, ada yang dah boleh masuk sebab tengah susun untuk lebih banyak ruang. Bagi, yang baru nak sertai vendor butik, jadilah vendor yang memahami.Sama-samalah membawa customer ke butik. Katakan ada 30 vendor, seorang vendor bawak seorang customer ke butik sehari dah ada 30 orang customer ke butik. Jadi peluang untuk terjual lebih banyak produk memang sangat tinggi sebab kebanyakkan pelanggan ke butik saya mesti akan beli banyak produk sebab butik saya ni memang macam-macam produk ada jual. Dari hari RM0.50 hingga ke harga RM300. Bagi yang ingin melihat konsep vendor butik, atau nak buka vendor butik dan nak borak-borak tentang pengalaman buka vendor butik nie, jemput la singgah butik saya ye. Boleh kita minum teh tarik kat kedai mamak kat bawah butik saya je. Bagi sesiapa yang nak belajar tentang perniagaan online pun boleh datang ke butik. Sebab memang kami menganjurkan kursus perniagaan online dan bina website ecommerce. Boleh jadi inspirasi bagaimana dari berniaga online sampai boleh buka sebuah butik.

Ok, dah panjang dah. Rakyat Malaysia nie memang tak rajin nak baca panjang-panjang kan? Akan bersambung dengan entry seterusnya tentang vendor butik dan topik-topik yang berkaitan dengan perniagaan dalam entry yang akan datang. Tunggu ya.

Update Jun 2016 : Sekarang nie saya dah tak meneruskan konsep vendor lagi sebaliknya saya tumpukan sepenuhnya kepada butik baju kebaya sahaja. Mengapa saya tidak lagi meneruskan konsep butik vendor? Jemput baca entry ni ya : Kenapa Saya Tidak Meneruskan Konsep Vendor Butik?
Reactions:

12 comments:

  1. saya nak sangat letak barang di butik sbg salah satu vendor..tp xde pengalaman lagi.. agak2 rugi tu besar tak??hihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ade je lagi..nak letak produk ape?boleh call/sms/whatsapp no nie ye: 012-6907705

      Delete
    2. Butik dekat The Atmosphere, Seri Kembangan. Boleh call 03-89596970 kalau nak datang singgah ye. Tq.

      Delete
  3. As salam.. jengah blog ni cari ilmu butik vendor. Kalau buat di rumah ok tak.. tq ya

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Butik dekat The Atmosphere, Seri Kembangan. Boleh call 03-89596970 kalau nak datang singgah ye. Tq.

      Delete
  5. salam,

    saya berminat untuk mengetahui
    1. masih ada ruang niaga untuk saya letakkan cookies dan produk makanan kering.
    2. berapa bulanan sewa vendor

    terima kasih
    farhan
    0189777120
    farhannatasya@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Perlukan food vendor x? Sy biasa supply western daily food (frozen) kt vendor boutique. Blh w/a 0136677285 (pn olynn)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan kering ade x? Sbb butik xde chiller, so hanya makanan kering je boleh..

      Delete
  7. assalam.. boleh tak saya nak tgk cntoh perjanjian kepada vendor2? sbb saya nk buka butik vendor bln 3 ni

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.