• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Wednesday, September 17, 2014

Posted by FizwaN
13 comments | 2:41 AM
Sebelum ini saya pernah menulis entry tentang pengalaman di serang sesak nafas, sakit dada, pedih ulu hati dan gastrik. Ya..sebelum nie memang sangat tersiksa dan amat menyakitkan apabila diserang penyakit-penyakit tu. Datang tanpa diundang, berjemaah pulak tu..sekali sakit, semuanya rasa..sesak nafas sampai tercungap-cungap, sakit dada dan pedih ulu hati yang teramat sangat dan gastrik dengan gas dan asid yang sangat memedihkan. Muntah tu memang wajib. Sampai muntah air dan rasa macam asid perut pun keluar sama. Bila pergi hospital dan klinik, doktor cakap gastrik. Punca-puncanya, tak cukup rehat, makan tak jaga, main belasah je makan ape je..berlemak, pedas, manis.. lepas tu tekanan dan terlalu banyak berfikir dan risau pun akan menyebabkan kandungan asid dalam badan terutamanya dalam perut bertambah dan menjadi tak normal. Tu sebab penyakit sesak nafas, pedih ulu hati dan gastrik tu datang. Selalunya kalau makan sardin, makanan tomyam yang pedas dan masam, minum lebih dari dua gelas teh o ais limau, makanan pedas dan berlemak, minum teh o panas di waktu malam, malam yang terlalu sejuk antara penyebab sakit gastrik berlaku. Sebelum nie, ingatkan gastrik terjadi sebab selalu skip makan dan tak cukup makan, rupanya terlebih makan pun boleh di serang gastrik. 

Botol besar bekam angin, botol kecil bekam darah
Oleh sebab dah tak tahan sangat, gi klinik dan hospital pun dapat ubat yang sama je. Try pulak gi jumpa dengan tabib cina muslim sebelum nie ade bukak booth dekat Giant Seri Kembangan. Bila dia pegang je tangan, terus cakap perut selalu sakit, dekat bahagian dada dengan paru-paru sejuk dan selalu sesak nafas, lepas tu pegang belakang dia cakap belakang selalu sakit sakit.. siap pegang dan tekan-tekan tempat yang sakit tu, lutut pun dia rasa-rasa yang sebelah kanan dan cakap lutut pun selalu sakit...ya, memang power.. 100% tepat..semua yang dia cakap tu semua betul..masa datang tadi takde pulak cakap ape2 kat dia..tu yang membuatkan keyakinan meningkat tu..dia cakap kena buat bekam angin dengan bekam darah sebab badan banyak angin lepas tu banyak darah kotor. Oleh sebab memang minggu jumpa tabib cina muslim tu, tiap-tiap hari sakit dada dan sesak nafas. Setuju je la walaupun tak pernah berbekam seumur hidup sebelum nie. Masa start nak bekam, dia lumur dulu dengan minyak dekat badan. Minyak halia. Memang menyegarkan. Masa dia letakkan botol-botol kaca tu, ada bahagian yang tak rasa apa-apa dan ada bahagian yang rasa sangat sakit. Lepas tu dia cakap nak cucuk jarum akupuntur..huhuhu.. dengar jarum yang cuak tu.. sebab memang takut dengan jarum..tapi, bila di cucuk tu xde rasa apa-apa pun..selalu tengok dekat dalam tv je orang cucuk jarum akupuntur nie.. so, merasa la kena cucuk jugak.. tapi, memang x sakit pun. 

Darah pekat dan kotor
Mula-mula bekam dekat belakang. Bila dia cakap, saya nak cucuk untuk keluarkan darah. Tahan sikit, sebab agak sakit. Ya..memang sakit jugak sebenarnya. Rasa macam kena stapler kat belakang badan. Rasanya dia guna jarum yang boleh tembak-tembak tu. Yang macam orang cek darah untuk kencing manis tu. Banyak juga kena tembak dengan jarum kat belakang badan. Sebab ada beberapa bahagian yang katanya darah kotor berkumpul. Yang paling sakit bila dia tembak jarum dekat atas area tulang belakang. Memang agak sakit disitu. Tp, masa tu fikir sebelum ni wife bersalin dua batang jarum besar cucuk sampai ke dalam tulang belakang sebab bersalin pembedahan. Pastinya berkali ganda sakit daripada tu, terus rasa tak berapa nak sakit. Bila siap belakang, dia akupuntur dekat bahagian yang keluar darah tadi untuk hentikan pendarahan. Lepas tu, pusing kat depan pulak. Ya.. depan memang lebih menyakitkan. Bila botol-botol kaca tu diletakkan di atas perut dengan dada. Lebih sakit bila kena tembak lagi dengan jarum untuk bekam darah. Betul-betul atas dada yang selalu sakit dan sesak nafas tu. Lepas abis bekam, dia guna satu botol kaca seperti berbekam angin tadi tapi kali nie dibawa berjalan disekitar dada dan perut. Memang sangat sakit. Katanya nak sedut gas dan angin penyebab gastrik dan sakit dada penyebab sesak nafas. Memang sangat sakit sampai pegang tangan dia mintak berhenti. Katanya sikit lagi kalau tak angin gas tak keluar semua. Alhamdulillah, sehari selepas berbekam tu penyakit sakit dada, sesak nafas, pedih ulu hati dan gastrik datang berkunjung lagi tetapi itulah kali terakhir dan setelah hampir 4 bulan dah tak pernah kena lagi penyakit-penyakit tu. Jadi, boleh disimpulkan memang berkesan dan boleh cuba bagi sesiapa yang mengalami penyakit yang sama. Sekarang nie, makan pedas, masam dan berlemak dah boleh makan dan tak muntah-muntah lagi. Tapi, kena selalu beringat sebab kalau boleh biarlah dah hilang terus penyakit tu. Sebab memang sangat menyakitkan dan sungguh terseksa. Buat abang tabib yang berkenaan, kalau baca entry nie, boleh hubungi saya ye.. sebab minggu saya berbekam tu minggu terakhir bukak booth dekat Giant Seri Kembangan dan lepas tu dah tak jumpa lagi dah. Saya promo dan kasi testimoni panjang lebar nie. Lagipun nak berbekam sekali lagi dan nak mintak tengokkan lutut. Sebab bila sujud masa solat rasa sakit sangat. Sape-sape yang tahu ubat sakit lutut, nanti boleh rekomen ye. Minggu lepas masa pegi booth dekat Stadium Malawati, ada nampak orang jual ubat sakit lutut, sendi dan gout jenama Amani Gel. Harga RM100++. Tak cukup bajet pulak nak beli. Berkesan sangat ke Amani Gel tu? Sape-sape yang pernah cuba dan berkesan, nanti boleh rekomen dan comment kat ruangan di bawah ye.
Reactions:

13 comments:

  1. SY XPNH BEKAM, MCM TKT JE TGK..PASTU HARGA DIA PN BLH THN MHL GAK KN?? HUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak menakutkan..tapi, kalau ada penyakit elok la try berbekam. Harga masa buat aritu dekat RM200 jugak.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sy pun ade masalah sesak nafas ni..dh 2 bln..angin byk kt perut,pempuan die ade buat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan pun buat jugak sebab diorang nie husband & wife..tapi sy tak sure dia pindah kat mane, katanya pindah kat GM Klang or Jusco Bukit Tinggi..

      Delete
  4. Bandar seri putra kajang ada tukang bekam juga

    ReplyDelete
  5. Esok saya bekam..masalah yg sama. Gerd, gastrik, sesak nafas n macam2 lg..yg buat bekam ni le dtg ke rumah.ubat hospital mcm nexium n mcm2 lg pun x byk bantu.

    ReplyDelete
  6. Saya memang amalkan bekam untuk general health. Kat seksyen 7 shah alam ada. Rm5 per cup. Boleh google. Lelaki dan perempuan.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan, boleh kongsi alamat dan no tepon tempat bekam di seri kembangan tu?

    ReplyDelete
  8. salam, boleh bgtau nama pusat bekam tu?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,says pengamal bekam di ulu Tiram JB,berminat boleh hubungi says(kwsan jb)harga dijamin sangat murah($80)badan hingga kaki,sakit jantung,lutut,tumit,batuk,dan bnyk lagi

    ReplyDelete
  10. Apa name kedainyer? Rumah saya mmg dkat ngan GM Klang and Jusco Bkt Tinggi

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.