• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Thursday, October 16, 2014

Posted by FizwaN
14 comments | 10:55 PM
Sekarang nie makin ramai yang berminat untuk membuka sebuah butik vendor kerana konsep butik vendor nie memang sangat bagus dan cara terbaik mengembangkan perniagaan. Konsep vendor butik lebih kepada perkongsian pemasaran dan membina jaringan perniagaan yang lebih besar. Sebagai contoh, dibawah satu butik, terdapat lebih 30 vendor yang menjual pelbagai jenis produk. Ini memberikan kelebihan kepada pelanggan untuk membeli kerana terdapat banyak pilihan produk.  Vendor atau penyewa slot juga akan mendapat keuntungan kerana seorang pelanggan pada asalnya datang untuk membeli satu jenis produk sahaja, tetapi apabila dibentangkan dengan pelbagai jenis produk pastinya akan pulang dengan membeli beberapa jenis produk sampingan yang lain. 

http://izzlegacy.com/faqs
Bagi yang baru nak memulakan butik vendor, antaran perkara pertama yang perlu diambil kira adalah kualiti yang ada pada seseorang vendor itu. Ramai peniaga yang berminat untuk mendaftar sebagai vendor tetapi bila dah letak barang di butik ramai yang bersikap lepas tangan dan tidak memahami konsep vendor butik nie. Seperti yang saya katakan sebelum ini, konsep vendor butik adalah perkongsian pemasaran dan membina jaringan perniagaan (networking). Semua vendor akan mempromosikan produk mereka dan membawa pelanggan untuk mencuba dan membeli produk yang dijual di butik. Bukan lepas letak produk, lepas tu hujung bulan tanya berapa sales yang dapat. Bila langsung takde sales, marah-marah, perli-perli dan ada yang terus ambil barang dan tamatkan kontrak. Bila tengok dia punya facebook, instagram, twitter or apa2 media pemasaran langsung tak sebut yang produknya ada dijual di butik vendor. 

Seseorang yang menjadi vendor, sepatutnya tidak boleh marah jika produknya tidak terjual. Ini kerana, pemilik butik vendor pastinya setiap hari akan membuat pemasaran kerana pemilik butik vendor juga ada produknya sendiri dan pastinya produknya lebih banyak dari vendor-vendor yang lain. Untuk mendaftar sebagai vendor, seseorang itu perlu faham bahawa produk yang dijual adakalanya akan terjual dan ada yang tidak terjual kerana tidak memenuhi citarasa pelanggan yang datang ke butik. Jika dirasakan rugi bayar sewa, dia perlu berfikir jika sertai jualan booth, sewa sehari ada yang RM200 hingga ribuan ringgit. Dengan pengunjung yang begitu ramai pun kadang-kadang tu belum tentu akan balik modal. Seperti baru-baru ini kami ada sertai Youth Bazaar Fiesta. Sewa hampir RM600 untuk dua hari. Pengunjung sederhana je. Mungkin sebab penganjur tak buat kerja. Tak buat pemasaran tentang event tu. Tapi, nak kata takde langsung pun tak boleh jugak. Ada la dalam 1000-2000 orang pengunjung yang datang untuk dua hari tu. Jualan hanya RM280 je. Memang tak balik modal kan? Jika mendaftar sebagai vendor di butik saya iaitu Izzlegacy Boutique yang terletak di Seri Kembangan, paling mahal pun RM200 sebulan untuk satu slot. Dalam RM6.50 je sehari. Berbanding RM300 sehari jika sertai booth. Jadi, memang vendor tak boleh marah kalau produk tak terjual. Seperti di butik saya, jualan di butik dan di website. Vendor tak bayar pun kos untuk masukkan produk di website, ambil gambar produk, edit gambar, melayan karenah pelanggan. Tapi, kami lakukan hanya untuk membantu meningkatkan jualan vendor. Boleh lawat website ecommerce kedai online butik saya di alamat: http://www.izzlegacy.biz

Untuk memilih vendor, perlu pilih yang aktif di Instagram dan Facebook. Bakal vendor perlu ada ramai follower di laman sosial. Kelebihan kepada vendor yang mengeluarkan atau menjahit produk sendiri. Ini kerana, jika vendor menjual produk yang dibeli borong di pusat pemborong Jalan Kenanga, Jalan Masjid India atau di Plaza GM/ GM Klang, produk yang dijual kurang ekslusif. Contohnya, vendor yang menjual palazzo, di butik dijual dengan harga RM50 tetapi palazzo yang sama boleh didapati di downtown, pasar malam dan pasar tani dengan harga RM35 sahaja. Ini akan menimbulkan keraguan kepada pelanggan dan mengatakan bahawa produk yang dijual dibutik mahal. Post pulak kat Facebook, Instagram, twitter atau blog cakap yang kalau beli kat tempat lain dapat murah je, tapi bila ke butik harga mahal. Kerana sejenis produk, dah produk lain pun akan kena tempias. Semua orang dah takut nak ke butik sebab harga mahal. Pulak tu, produk yang sama boleh beli kat banyak tempat lain. Jadi, pilihlah vendor yang menjual produk ekslusif. Jahitan sendiri. Buatan sendiri. Pelanggan tak boleh nak bandingkan dan cakap harga mahal. Sambutan pun pasti menggalakkan.

Ok dah panjang. Next time sambung lagi tentang tips mulakan butik vendor. Jemput lawat website kedai online butik saya di http://www.izzlegacy.biz ya.
Update Jun 2016 : Sekarang nie saya dah tak meneruskan konsep vendor lagi sebaliknya saya tumpukan sepenuhnya kepada butik baju kebaya sahaja. Mengapa saya tidak lagi meneruskan konsep butik vendor? Jemput baca entry ni ya : Kenapa Saya Tidak Meneruskan Konsep Vendor Butik?
Reactions:

14 comments:

  1. Assalamualaikum.. Sy eyla dr jb.. Sy bercadang nak buka butik berkonsepkan vendor juga.. Tapi tak tau ape yang perlu sy laku kan.. Apa langkah pertama yg perlu sy buat untuk buka perniagaan ye..? Berapa coz pengubahsuaian..? Bagaimana nak cari pembekal pakaian n tudung terus dari kilang..? Mcm mana cara nak buat website..macam mana cara nak urus akaun..? Saya berharap sangat sIs dapat membantu dan berkongsi dgn sy..saya benar2 berminat nak buka sebuah butik untuk membantu suami sy.. Tapi sy benar2 tak tu ape.. Zero.. If sIs tak keberatan bole email kan kepada sy rayshope14@gmail.com.. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sorry lmbt balas. Banyak yang awak boleh baca kat blog nie tentang vendor butik dan juga menjawab soalan-soalan awak. Tentang bina website, saya buat sendiri sebab memang ade bisnes web design jugak..kalau nak buat website ecommerce utk tingkatkan jualan butik, boleh contact saya ye (012-6907705). Thanks.

      Delete
  2. sangat setuju.. saya pin mengalami nasib yang sama.. vendor hanya harapkan kita buat marketing.. lama2 vendor boutique pun boleh jadi tepu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Butik awak kat mane?skrg nie makin ramai yang bukak vendor butik. Vendor pun dah makin demand sbb banyak pilihan kan?tp..kebanyakkan vendor memang lepas tangan je..x phm konsep kot, huhuhu...

      Delete
  3. Assalamualaikum Saya baru buka butik..tapi pelanggan tak datang..bagaimana cara nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. Boleh baca sini: http://www.myfizwan.com/2016/09/kenapa-saya-tidak-meneruskan-konsep.html

      Delete
  4. As salam..
    sis sy akan join vendor pada 28/2/15 ni..
    tapi produk xbyak..
    ada 4produk yg sy nak jual..
    tapi cuma 3prodhk shja sy boleh ready stok sbb mmg xde modal byak utk restock..
    mslh dlm fikiran sy mungkin booth sy nmpk xmenarik sbb produk mmg ckit / nmpk mmg xde brg je nnt..
    boleh sis bg pendpat & tip utk atasi mslh sy ni..?

    Rahman , Kedah

    http://www.facebook.com/oriperfumemurah

    ReplyDelete
  5. Assalam...saya juga telah mengusahakan vendor butik hampir setahun dikajang. Mengalami masalah yg sama. Pihak vendor ambil mudah tanpa usaha mempromosi produk masing2. Sgt frust bila mereka bergantung 100% dgn saya. Walaupon dlm term n condition dah dinyatakan perlu buat promosi sama2. Letih rasanya kalau semua brg2 vendor saya yg perlu snap saatu2 dan promokan bagi pihak mereka.. Bagaimana lagi perlu saya buat yea..

    ReplyDelete
  6. sis... kos untuk buka vendor butik berapa? cara susun atur barang pula bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply, boleh baca sini:

      http://www.myfizwan.com/2016/09/kenapa-saya-tidak-meneruskan-konsep.html

      Delete
  7. Saya otw nak bukak vendor butik juge.. butik mmg di tempat yang agak strategik.. tapi nak minta share contoh perjanjian vendor boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply, boleh baca sini:

      http://www.myfizwan.com/2016/09/kenapa-saya-tidak-meneruskan-konsep.html

      Delete
  8. as slam sis..sy n my bos ada brbincng untuk cbe upgradekn kdai sdia ada untuk dijdikn butik vendor..mhon sis beri tunjuk ajr..ni no wssp sy ida 01117581305..tq

    ReplyDelete
  9. Sorry lambat reply, boleh baca sini:

    http://www.myfizwan.com/2016/09/kenapa-saya-tidak-meneruskan-konsep.html

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.