• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Thursday, November 20, 2014

Posted by FizwaN
2 comments | 6:34 PM
Pada hari ini, industri pemborong dan peruncitan tudung semakin rancak mengeluarkan koleksi tudung dan shawls yang cantik-cantik bagi memenuhi permintaan dari pengguna yang semakin bertambah. Alhamdulillah, fenomena ini menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia beragama Islam yang bertudung dan menutup aurat. Oleh kerana permintaan yang semakin tinggi, maka terhasillah rekaan-rekaan fesyen tudung yang pelbagai bagi memenuhi kehendak fesyen terkini. Kalau dulu, ramai yang tak suka pakai shawls kerana susah nak lilit dan ambil masa yang lama di depan cermin. Kini, dengan rekaan tudung segera atau lebih dikenali sebagai Instant Shawls tumbuh bak cendawan selepas hujan. Macam-macam jenis rekaan, jenama dan material. Yang pasti semuanya cantik-cantik dan menambah keayuan gadis bertudung.

Di Izzlegacy Boutique, anda boleh dapatkan tiga jenis instant shawls iaitu Tudung Bokitta Hijab, Siti Murni dan Farisha. Memang cantik-cantik semuanya. Antara ketiga-tiga instant shawls nie, pastinya tudung Bokitta yang paling laris terjual. Mungkin kerana tudung Bokitta nie diusahakan oleh Neelofa. Jadi, lebih cepat dikenali dan menjadi perhatian ramai. Tapi, harganya agak mahal jika dibandingkan dengan instant shawls yang lain. Jika anda ingin mencuba dan menambah koleksi instant shawls anda, boleh juga mencuba Instant Shawls Siti Murni dan Instant Shawls Farisha. Harganya lebih murah dan berpatutan. 

Kepada peminat tudung Bokitta Hijab pula, jika anda tinggal berdekatan dengan Seri Kembangan, anda boleh datang ke Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ada banyak stock tudung Bokitta hijab yang dijual disini. Ada empat jenis tudung bokitta iaitu Voila, Voila Maxi, Chic dan Chic Maxi. Untuk lebih jelas tentang perbezaan antara keempat-empat jenis tudung bokitta nie, anda boleh tengok dalam gambar dibawah. Jika anda tinggal jauh dan tidak ada masa untuk singgah ke butik, anda juga boleh beli tudung bokitta hijab nie secara online di website kedai online kami di : http://www.izzlegacy.biz/bokitta-hijab

Perbezaan diantara empat jenis tudung Bokitta.

Instant Shawls Siti Murni pun tidak kurang cantiknya. Ada banyak pilihan warna yang menarik. Kalau nak beli Instant Shawls Siti Murni anda boleh beli di butik dan buat masa nie belum ada gambar untuk dimasukkan ke dalam website kedai online kami. Kat bawah nie, anda boleh tengok gambar koleksi Instant Shawls Siti Murni.

Instant Shawls Siti Murni, Seri Khadijah.
Instant Shawls yang paling murah dijual di Izzlegacy Boutique ialah Instant Shawls Farisha. Ada banyak pilihan warna yang menarik. Instant Shawls Farisha nie, berbeza dengan instant shawls yang lain kerana dibelakangnya ada sanggul. Jadi, jika anda berambut panjang, memang cantik bila menggayakan Instant Shawls Farisha nie. Bagi yang berambut pendek pun boleh je pakai, tapi kena beli sanggul buatan atau sanggul klip. Dekat butik kami pun ada jugak jual sanggul klip. Untuk pembelian Instant Shawls Farisha, anda boleh datang ke butik kami atau boleh juga beli secara online di website kedai online kami di: http://www.izzlegacy.biz/instant-shawls-farisha

Instant Shawls Farisha
Ok, sebut tentang sanggul klip, anda boleh beli di sini: http://www.izzlegacy.biz/sanggul-klip

Sanggul klip yang dijual di Izzlegacy Boutique, cantik kan?
Jika anda ingin mengiklankan produk Instant Shawl atau Instant Tudung di dalam entry ini, hubungi kami ya (email : myfizwan@gmail.com). Kami akan masukkan produk anda berserta gambar dan juga contact detail anda (Nama, No. Tel, FB, IG). Entry ini mempunyai trafik yang tinggi setiap bulan, jadi sangat berkesan jika anda beriklan disini. Terima kasih.

Trafik Entry Fenomena Tudung Segera aka Instant Shawls dalam sebulan:


Reactions:

2 comments:

  1. Alamak, bila you buat review buat macam ni, i rasa tertinggal ketapi pulak. Gaya tudung dah berevolusi. Sanggul clip tu sangat cantik, ok!

    ReplyDelete
  2. Encik.boleh tak kalau saya berminat untuk congsigment pakaian butik encik di butik kami. Actually butik kami baru buka.di Kota Kemuning Shah Alam
    01127069373 😀

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.