• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Saturday, November 29, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 6:05 PM
Korang popular tak? Aku beruntung sebab aku nie seorang yang popular. Semua orang kenal aku, glemer la katakan. Aku ada Facebook dengan Instagram. Korang ade? Facebook dengan Instagram aku ramai giler yang like dan follow, dah ratus-ratus ribu pun. Tak lama lagi cecah jugak sejuta nanti tu. Orang popular la katakan. Sape-sape nak aku promote produk or bisnes korang, bak sini kasi RM3,000 untuk sekali post k. Nanti aku tolong post tentang produk korang. Mesti ramai yang like sebab aku ni kan popular. Korang ingat free ke nak tumpang populariti aku nie? Bayar la, ni tidak aku post ape-ape je kat Instagram banyak je kutu-kutu online yang bisnes kecik-kecik sibuk nak tumpang iklan kat post aku tu. Aku post gambar pakai kopiah sebab nak bagitau yang aku pegi solat kat Masjid dekat rumah aku. Ingat aku tak solat ke? Tapi, yang korang tumpang iklan tentang abang power, isteri hari-hari mau, gadget henpon murah, jual bedak, jual kangkung, produk cepat kaya, produk MLM semua tu buat ape? saje la tu nak tumpang populariti aku..ingat aku suka ke? Woi..aku tak suka multilevel bisnes k..menipu orang je semua tu. Kang tak pasal-pasal aku jadi penyebab peminat-peminat aku kena tipu. Niat aku tunjuk gambar pakai kopiah sebab nak tunjuk yang walaupun aku kaya dan banyak duit, aku tetap sembahyang. Korang like dan puji aku cukup la. Yang siap nak promote barang-barang bisnes korang tu buat pe? Buat sekali lagi siap la, kompem kena block. Jumaat nanti aku nak selfie tengah bentang sejadah kat masjid. Kalau korang tumpang iklan kat gambar aku tu siap korang. Dah tak glemer tu, makan gaji sudah. Hujung bulan dapat duit. Ape susah? 
Pose skit kat sini. Agak-agak ramai tak awek-awek nak mintak no pon? Sorry takkan layan k.
Biar aku yang glemer nie yang buat bisnes online. Kalau korang nak tau aku ade jual baju dengan kain pelekat kat website aku yang sama glemer dengan aku tu. Aku malas betul la bila dah popular & glemer sangat nie. Pagi tadi aku launching produk terbaru aku, kain pelekat manik juntai namanya. Bila gi masjid, glemer korang tau pakai kain pelikat manik juntai nie. Pagi tadi launching, tak sampai malam baru masuk pukul 3 petang dah sold out semua. Mane tidak, pak imam kat masjid area rumah aku dah beli 7 helai. Buat pakai sehari sehelai katanya. Tu yang aku malas nak glemer sangat tu. Banyak produk aku yang meletop, antaranya instant pelikat, pelikat sequine, pelikat tiga layer, kain pelikat kembang payung dan banyak lagi la. Kaya aku dengan produk yang meletop nie. Sehari jual ribu-ribu helai. Ingat lagi masa aku bukak butik aritu, esoknya pukul 10 pagi grand opening tapi start lepas Isyak malam sebelum tu dah ramai start amik no giliran. Berkhemah, berkelambu depan butik aku tu. Korang ade? Tu belum aku dengar ade yang bertumbuk, ade yang hantar toyol curi no giliran orang kat depan, bersantau bagai semata-mata nak datang majlis launching butik aku tu. Sebab tu aku malas nak glemer sangat tu. Tapi, apa boleh buat aku kan penah menang anugerah makhluk tuhan paling popular tiga tahun berturut-turut. Korang ade?Aku jual barang pun biasa-biasa je, kalau dibanding dengan kualiti dan design produk korang jauh aku kena tinggal tapi aku tinggal korang jauh sebab aku popular tapi korang tak. Harap maklum.

Aku malas nak riak takbur la, tapi korang tengok sendiri kat Instagram aku tu. Aku pos ape je, mesti like ribu-ribu. Korang post gambar dapat berapa ribu? puluh pun belum tentu kan?hahaha...sape suruh tak popular. Tak caye? Tengok aku post gambar hitam je. Takde gambar ape pun. Dah lebih 3500 orang like, komen pun nak cecah 100 komen. Baru je nie aku pos. Korang ade? 

___________________________________________________________________________________

Ok cukup-cukup la berangan k. Untungkan kalau jadi popular. Semua benda buat jadi perhatian. Nak buat bisnes pun senang sebab promosi free. Jual je ape je, mesti ramai je yang nak beli. Tu sebab ramai yang beratur panjang semata-mata nak join uji bakat Akademi Fantasia, uji bakat Mentor dan macam-macam lagi. Sebab ramai yang nak popular. Bila dah popular boleh hidup senang, boleh dapat banyak duit. Yela, nak iklan dekat Instagram kena bayar RM3,000 untuk satu iklan. Kalau sehari satu iklan, sebulan dekat RM100,000 boleh dapat. Bayangkan betapa senangnya nak dapat duit kalau popular? Tu belum buat bisnes online lagi. Tak pun bukak butik ke? Confirm ramai yang datang beli. Oleh sebab untungnya bila popular yang membuatkan ramai yang memperbodohkan diri buat perkara pelik-pelik, buat video yang mengaibkan diri sendiri semata-mata nak popular. Maruah diri letak tepi. Kerana bila dah popular dan kaya nanti, segalanya boleh dibeli dengan duit. Dunia sekarang dunia duit. Takde duit, takde sape nak pandang. Sebab tu jugak, mak bapak sekarang nie sanggup berhabis duit semata-mata nak jadikan anak penyanyi. Sebab ape? Sebab nak tumpang populariti dan kekayaan anak bila ditakdirkan popular satu hari nanti. Tak ramai yang berhabis duit hantar anak ke sekolah tahfiz, atau hantar anak mendalami ilmu Islam di luar negara. Sebab, kurang kaya kalau begitu. Semua melihat dan menilai populariti dengan kekayaan. Jadi, agama semakin dilupakan. Islam itu mudah, tapi sekarang nie ramai yang permudahkan pulak. Faham tak maksud saya? Kalau tak faham, tanya Ustaz ye. Ok la, dah panjang. Saya tak popular. Sebab tu saya kerja keras untuk promosikan bisnes saya. Kawan-kawan yang baca entry nie. Jemput lawat website kedai online saya dan follow instagram butik saya ye. Rasanya ada yang klik link kat atas kan? Jemput jugak singgah butik saya iaitu Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor. Ni details butik saya, tolong sokong bisnes saya ye. Sebab semua atas usaha sendiri, tanpa kenal erti penat. To my beloved wife, I love u so much. Terima kasih untuk segalanya. 

http://www.izzlegacy.biz
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.