• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Friday, December 5, 2014

Posted by FizwaN
No comments | 4:40 PM
Sekarang nie butik vendor memang tengah jadi fenomena. Ramai yang berminat untuk membuka sebuah butik vendor kerana secara teori konsepnya sangat menarik. Sebuah butik dibuka dan didalam satu butik berkumpulnya vendor-vendor dengan pelbagai jenis produk. Tatkala pelanggan singgah ke butik vendor, macam-macam produk boleh dibelek, dicuba dan dibeli. Oleh kerana saya banyak menulis entry tentang butik vendor dalam blog ini, ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang bagaimana untuk membuka butik vendor dan juga tips-tips yang berkaitan.

Ya, kalau dari segi teori tentang butik vendor nie memang sangat indah didengar. Kalau dari segi kira-kira kalkulusnya juga memang menguntungkan semua pihak. Tapi, disebalik teori dan kira-kira yang sangat indah hingga bawa ke mimpi tu, ada yang perlu diberi perhatian lebih iaitu dari segi cabaran, masa depan, pemasaran dan tanggungjawab. Semakin lama, butik vendor semakin tepu sebab ramai sangat yang berminat nak bukak. Pinjam peribahasa Melayu sekejap "bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan". Macam tu la fenomena butik vendor sekarang nie. Semua tempat nak ade butik vendor. Bila dah bukak, geleng kepala. Kenapa geleng? ya..kenapa geleng kepala? ada sape-sape owner butik vendor kat sini tak? pasti anda punya jawapannya kan?

Cabaran membuka vendor butik, bukan semasa pembukaannya tapi hari-hari selepas pembukaannya. Pertama sekali, bagaimana nak tarik pelanggan untuk datang ke butik?Cabaran yang paling berat, kerana mentaliti pelanggan masih lagi konvensional dan traditional. Sebut je butik, dalam fikiran nie mesti jual barang mahal-mahal. Tak mampu nak beli. Malu la nak masuk butik sebab orang kaya-kaya & banyak duit je yang shopping kat butik. Rakyat marhaen yang income cukup-cukup makan nie, baik shopping kat Jusco, Tesco dan Giant je. Padahal, apa yang mereka tak tau, sekarang nie kat butik ada jugak jual baju yang murah-murah. Lebih murah dari Jusco, Tesco & Giant pun ade. Dekat butik juga kebanyakkannya akan jual produk-produk yang lebih berkualiti, dijahit sendiri bukan produk dari China dan Vietnam. Jika dibandingkan kualiti jahitan, potongan kain dan keselesaan tatkala memakainya memang jauh meninggalkan produk dari China dan Vietnam tu. Harganya pun tak jauh beza. Ada juga yang lebih murah kerana produk buatan dan jahitan sendiri. Tapi, malangnya mentaliti rakyat Malaysia nie memang begitu. Memang menjadi cabaran dan perjuangan pemilik butik vendor untuk menukar corak pemikiran pelanggan agar pelanggan dapat menerima dan seterusnya singgah membeli-belah di butik. Bagi yang berkira-kira untuk buka vendor butik tu, anda dah bersedia?

Satu lagi cabaran kepada pemilik butik vendor adalah daripada vendornya sendiri. Katakan dalam satu butik vendor, ada 30 vendor (penyewa) yang berdaftar. So, ada 30 kepala dan karenah untuk dilayan. Tu kalau kalau vendor tu bisnes sorang-sorang, kalau ada partner lagi la banyak karenah nak dilayan. Mentaliti vendor pun satu cabaran kepada pemilik butik vendor. Ini kerana tak ramai yang faham apa itu konsep butik vendor? Seperti yang saya tulis dalam entry-entry sebelum ini, konsep vendor butik itu sebenarnya adalah berkonsepkan networking dan perkongsian dimana sama-sama membuat pemasaran dan membawa pelanggan ke butik. Sebab tu saya cakap tadi, teorinya sangat menarik. Kalau 30 orang vendor membuat pemasaran berterusan dan membawa pelanggan-pelanggannya untuk melihat, mencuba dan membeli produknya dibutik, pasti meriah kan? Sekurang-kurangnya seorang vendor membawa seorang pelanggan sahaja sehari, pastinya sudah ada 30 pelanggan yang akan membeli belah di butik setiap hari kan? Tapi..semuanya tahyul belaka. Sebab kebanyakkan yang mendaftar sebagai vendor akan bersikap lepas tangan. Tahunya letak barang kat butik, kalau boleh setiap hari nak tanya ada laku tak dan hujung bulan harapannya produknya banyak laku dan kalau boleh semuanya sold out. Kenapa perlu nak buat marketing pulak? Apa guna bayar sewa setiap bulan? Tu semua tanggungjawab owner butik la nak tarik ramai pelanggan ke butik dia. Ok, kepada semua yang berminat nak daftar sebagai vendor atau yang sudah pun mendaftar sebagai vendor, tolonglah faham tentang konsep vendor butik nie ya. Tak perlu nak berkira tentang sewa yang dibayar ya. Berapa aje sewa yang dibayar? RM100? RM150?RM200?RM300? Rasanya purata sewa RM150 je sekarang nie sebab banyak sangat dah butik vendor. So, kalau sewa RM150 sebulan, bila dibahagikan dengan 30 hari, baru RM5 je sehari. Tak lepas pun owner butik nak bayar elektrik dan pekerja kalau RM5 sehari. Cuba try sewa booth dekat event besar-besar, puluhan ribu pengunjung dan pelanggan. Sewa sehari RM500 - RM1000. Berapa banyak pula produk anda yang akan terjual. Percaya tak kalau saya cakap kadang-kadang tu laku tak sampai 5 helai walaupun pengunjung puluhan ribu. Sebab kena tengok produk apa yang anda jual. Begitu jugak dengan di butik, jangan harap produk anda akan laku banyak kalau kurang marketing dan jika jual produk yang di beli dari pusat pemborong. Sebab ramai yang akan jual produk yang sama dengan harga yang berlainan. Daripada anda rugi RM500 - RM1000 sehari, lebih baik rugi RM5 sehari kan?Itupun kalau rugi RM5, kalau ramai pelanggan minat dengan produk anda yang diletakkan di butik, memang tak rugi pun. 

So, pemilik butik vendor dan vendor itu sendiri perlu sentiasa bekerjasama dan memahami antara satu sama lain. Yang paling penting kena faham konsep butik vendor terlebih dahulu. Baru boleh berjaya. Bagi sesiapa yang berminat nak jadi vendor di Izzlegacy Boutique, ada beberapa slot yang masih kosong. Anda boleh menghubungi kami di talian 03-89596970 / 0126907705 / 0123199026 atau boleh juga email kepada kami di alamat vendor@izzlegacy.com. Setiap produk yang diletakkan di Izzlegacy Boutique akan dimasukkan kedalam website ecommerce kedai online kami iaitu http://www.izzlegacy.biz. Jadi, produk anda bukan sahaja dijual di sekitar Seri Kembangan tetapi di seluruh Malaysia. Ini membezakan butik vendor Izzlegacy Boutique dengan butik-butik vendor yang lain. Diharap entry ini memberikan manfaat kepada semua. Selamat berniaga. 

http://www.izzlegacy.com



Update Jun 2016 : Sekarang nie saya dah tak meneruskan konsep vendor lagi sebaliknya saya tumpukan sepenuhnya kepada butik baju kebaya sahaja. Mengapa saya tidak lagi meneruskan konsep butik vendor? Jemput baca entry ni ya : Kenapa Saya Tidak Meneruskan Konsep Vendor Butik?
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.