• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Wednesday, December 31, 2014

Posted by FizwaN
5 comments | 2:49 AM
Dua minggu lepas, berjalan ke Melaka untuk meraikan hari lahir isteri tercinta. Bila dah sampai ke A Famosa Resort, dah rasa gear macam susah nak masuk. Wife pulak cakap macam ada bau hangit je. Cek macam takde ape-ape. So, teruskan perjalanan ke bandar Melaka sebab nak jalan-jalan waktu malam di bandar Melaka. Oleh sebab dah petang cek ini hotel dulu. Oleh sebab cuti sekolah, hotel banyak dah full. So, at last dapat jugak check in dekat hotel Swan Garden Melaka. Boleh tahan cantik jugak hotel nie. Hotel Swan Garden nie merupakan sebuah boutique hotel. So, memang cantik hiasannya. Nanti saya tulis entry lain tentang hotel Swan Garden nie k. Skrg nie kita kongsi pengalaman tentang bila clucth kereta proton Gen2 saya haus dan gear kereta jem. 

Malam turun je dari hotel, start kereta masuk je gear reverse tak boleh. Pastu ade dengar bunyi bising. Try pulak masuk gear satu, sama jugak. Tak boleh masuk. Pastu ade bunyi bising. Tutup enjin, cuba masuk gear boleh pulak. Alamak kenapa pulak dengan kereta nie. Punah harapan nak jalan-jalan sekitar bandar Melaka malam tu. Makan pun jalan kaki je. Nasib baik ade Pizza Hut dekat depan hotel tu. Esok paginya, call toll truck. Oleh sebab sy guna insuran Etiqa, so toll truck free je. Untungnya pakai Etiqa insurans salah satunya kalau kereta rosak boleh call panggil toll truck tarik kereta ke bengkel berdekatan atau bengkel pilihan sendiri dalam lingkungan 50km. Sampai je bengkel, pomen cakap sah la clutch kereta dah haus. Dia cakap nasib baik bukan kerata kancil, kelisa atau kenari, kalau tak nak tukar clucth plate kena turun enjin. Bila turun enjin, kosnya confirm la berganda. Sambil tunggu kereta di repair, google tentang clucth plate nie. Ok, kebiasaannya kalau dah jalan lebih 100,000km kena cek cluctch plate sebab selalunya kereta tahan lebih sikit je dari 100,000km. So, gen2 saya ni pecah rekod la sebab dah 320,000km baru nak haus. Hehehe...sblm nie bengkel yang saya selalu servis kereta cakap, next servis clucth plate kena tukar. Malangnya ajalnya datang lebih cepat. Tinggal 1000km je untuk next servis. 

Kepada rakan-rakan yang ada kereta, selain servis timing belt jangan dilupa untuk mintak pomen cek clucth plate ye. Sebab bahaya sebenarnya kalau clucth plate haus nie, akan sebabkan gear jem. Buatnya tengah bawak 100km/j dekat highway, tiba-tiba gear jem boleh meletop gear box dibuatnya. Memang membahayakan nyawa. Bila gear box pun punah, abis semua pun punah. Enjin pun turut rosak. Elok tanya pada bengkel yang rakan-rakan servis kereta tentang clucth plate nie. Minyak gear pun kena tukar setiap 60,000km. Jom tengok gambar sepanjang proses menukar clucth plate kereta Gen2 kesayangan saya ni ye. Boleh tahan lama jugak untuk tukar clucth plate nie. Sampai bengkel pukul 11.45, start buat kerja dalam pkl 12tghari. Siap dalam pukul 5.30ptg la jugak. Lebih 5 jam nak kena tunggu. Harga yang perlu dibayar untuk tukar clucth plate Gen2 termasuk upah RM530. Agak mahal jugak bengkel kat Melaka nie. Kalau bengkel yang selalu saya servis dekat Seri Kembangan, aritu tanya katanya sekali upah tak sampai RM450. Tapi, nak buat macammana, daripada dari kereta dari Melaka balik ke KL bayar je la extra. Untuk kereta yang perlu turun enjin, rasanya dalam RM1,000 jugak la. So, pemilik kereta Kancil, Kenari dan Kelisa kumpul-kumpul la duit ya. Bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman yang sama dan pernah tukar clucth plate, jemput-jemput la komen kat bawah nie ye. Kongsikan berapa kos yang korang bayar untuk tukar clucth plate dan kereta jenama apa ya. Boleh juga bagi panduan kepada rakan-rakan lain yang belum pernah tukar clucth plate lagi.

Dua-dua belah tayar depan kena buka
Kedua-dua fender pun kena tolak untuk mudahkan buka gear box
Kotak gear dah kena cabut
Beginilah keadaan didalam kotak gear. Bearing pun dah rosak. Yang tengah-tengah tu.
Pandangan dari bawah kereta bila gear box dicabut
Bagi yang tak pernah kenal apa itu clucth, inilah rupa bentuknya. Memang dah haus abis. Apa pun tak tinggal.
Inilah rupa bentuk clucth plate Gen2 yang baru. Baru je keluar kotak nie.
Nie pulak bearing yang baru. Lain betul yang dikiri dengan kanan tu kan? Terima kasih untuk bearing kiri tu, dah lebih 300,000km (7 tahun) berbakti.

Reactions:

5 comments:

  1. saja nk gtau..klu ada yg nk servey2 harga clutch plate leh jenguk2 kt sini
    www.autopartzoomers.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Baru nk tukar hr ini (29/3/17) siap upah RM550 kereta proton saga 11+ lebih x pernah tukar clucthplate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11 tahun xpernah tukar ? Berapa milage ?

      Delete
  3. Terima kasih kerana berkongsi dan ambil gambar. Boleh bajet2 untuk tukar nanti.

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.