• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Thursday, March 5, 2015

Posted by FizwaN
No comments | 4:31 AM
Untuk bulan March 2015 nie, banyak jugak vendor baru yang mendaftar di Izzlegacy Boutique. Pastinya Izzlegacy Boutique makin meriah dengan pelbagai produk yang baru masuk. Antara produk terbaru di Izzlegacy Boutique adalah kain pasang cotton dan juga kain batik Sarawak. Memang cantik-cantik semuanya. Terdapat pelbagai pilihan kain pasang cotton untuk dipilih. Panjang 3.5 meter dengan bidang 60 inci. Jadi, sesuai untuk dijahit baju kurung, baju kurung moden, dress dan juga jubah. Material cotton yang sejuk dipakai dengan pelbagai motif dan warna ini pastinya memuaskan hati anda. Harga untuk setiap helai kain pasang cotton di Izzlegacy Boutique ialah RM65 tak termasuk postage. Saya dah siap masukkan di website ecommerce kami supaya rakan-rakan yang tinggal jauh dari Seri Kembangan boleh membeli kain pasang cotton ini secara online. Lepas nie, boleh la shopping kain pasang cotton online di website : http://www.izzlegacy.biz/. Bila belek-belek koleksi yang ada di butik, sy pun dah ada beberapa helai yang menjadi pilihan hati untuk dijahit baju kebaya moden yang saya design khas untuk memenuhi keperluan berfesyen anda. 

Banyak kan pilihan kain pasang cotton di Izzlegacy Boutique
Sebahagian daripada koleksi kain pasang cotton yang ada dijual di Izzlegacy Boutique

Memang ramai yang suka dengan kain batik Sarawak kerana coraknya yang unik dan cantik. Terdapat banyak corak kain batik Sarawak yang ada dijual di Izzlegacy Boutique. Setiap helai panjang 2 meter dan bidang 45 inci. Terdapat dua harga untuk kain batik Sarawak yang dijual di butik iaitu RM35 dan juga RM50 tak termasuk postage. Terdapat tiga jenis material kain batik Sarawak yang di jual dibutik sy iaitu material cotton, gold printed cotton dan juga material koshibo. Kain batik Sarawak nie sesuai untuk dibuat baju kurung, blouse, kain batik selisih, kain batik kembang payung, kain batik kipas depan dan juga sesuai untuk di jahit dress. Sy pun dah ada idea untuk buat baju melayu dan baju kurung moden menggunakan kain batik Sarawak nie. Nanti kalau dah siap sy akan kongsikan gambar dekat sini k. Kalau tinggal jauh, boleh juga beli kain batik Sarawak ni secara online di website kedai online Izzlegacy Boutique iaitu di : http://www.izzlegacy.biz/. Kalau anda nak beli kain batik Sarawak ni secara borong pun boleh. Minimum 20 helai. Harga boleh hubungi no. tel ni k: 03-89596970 / 012-6907705. 

Sebahagian daripada kain batik Sarawak yang ada dijual di Izzlegacy Boutique.

Contoh kain batik Sarawak gold printed cotton

Yang nie kain batik Sarawak material koshibo
Cantik-cantik kan?Jom singgah shopping di Izzlegacy Boutique yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Untuk detail tentang butik dan lokasi dan juga peta lokasi, boleh lawat laman web rasmi Izzlegacy Boutique di :  http://www.izzlegacy.com
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.