• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Tuesday, October 6, 2015

Posted by FizwaN
2 comments | 2:43 AM
Baru hari ni berkesempatan nak tulis entry tentang pengalaman bersalin di Hopital Putrajaya sebab sebelum ni sibuk sangat. Alhamdulillah wife sy dah abis berpantang dan baby pun sihat dan semakin membesar dengan jayanya. Anak pertama sebelum ni bersalin di Hospital Temerloh dan kali ni nomnbor dua bersalin di Hospital Putrajaya pula. Masa anak pertama sebelum nie, sy ada tulis satu entry bertajuk Kadar Cas Kos Bersalin di Hospital Kerajaan. Entry tu memang mendapat hit yang tinggi kerana memang ramai yang ingin tahu tentang kos bersalin kan? Di harap entry tersebut sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang bakal melahirkan anak terutamanya anak pertama. 

Kali ini memilih untuk bersalin di Kuala Lumpur. Sebelum ni bersalin di Temerloh sebab nak berpantang di rumah mak wife saya di Pahang. Kali ini berpantang di rumah sendiri je di Seri Kembangan. Ada dua buah hospital yang dekat dengan rumah dan jaraknya sama jauh iaitu Hospital Serdang dan juga Hospital Putrajaya. Setelah di kaji, Hospital Serdang lebih kurang macam Hospital Temerloh yang pastinya bagi yang tidak bekerja dengan kerajaan akan diletakkan di wad kelas Tiga manakala Hospital Putrajaya hanya menyediakan wad kelas Satu. Pastinya lebih selesa keadaan persekitaran dan juga layanan yang diberikan oleh jururawat dan doktor yang bertugas. Hospital Putrajaya memberi pilihan tiga jenis wad iaitu wad untuk satu katil sebilik, dua katil sebilik dan 4 katil sebilik dengan kadar masing-masing RM80, RM60 dan RM40. Jika di lihat dalam jadual dibawah, untuk Perbidanan dan Sakit Puan deposit adalah sebanyak RM800 tapi aritu check in xde pulak kena bayar deposit.

Kadar Caj Bersalin dan Sakit Puan di Hospital Putrajaya
Masa wife genap 32 minggu, doktor klinik mengandung refer ke Hospital Putrajaya sebab nak kena set appointment untuk scan pakar sebab anak pertama sebelum nie bersalin secara caesarean iaitu bersalin secara pembedahan. Jadi, takut bahagian jahitan lama ada yang terlekat atau tersangkut dengan uri atau sebagainya yang pastinya memberikan risiko ketika nak bersalin nanti. Masa pegi daftar di Hospital Putrajaya, kami di minta untuk datang kembali ketika kandungan genap 36 minggu. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang kompikasi dari kesan pembedahan yang lalu. Jadi, doktor memberikan tarikh 19 Ogos 2015 untuk mendaftar masuk wad jika masih belum bersalin. Jadi, 19 Ogos tengahari lepas siap makan semua pergilah hospital siap bawak semua bag dan barang-barang untuk persediaan bersalin dan masuk wad. Bila sampai je hospital, kena ambil nombor dan bila sampai nombor giliran, pekerja kaunter yang bertugas cakap maaf hari ni wad penuh, sila tulis nama di buku dan boleh balik dulu. Nanti kalau ada wad kosong, pihak hospital akan call suruh datang. Katanya, kalau hari ni x terima apa-apa panggilan, esok datang skali lagi. Kena tulis nama di buku skali lagi sebab ikut giliran. Sapa yang tulis dulu, akan di panggil dulu. Jadi, kalau nak nama di list awal, petugas kaunter tu cakap suruh datang awal pagi tulis nama. Sebab wad hospital putrajaya campur semua pesakit rupanya. Tiada wad khas untuk ibu mengandung menunggu untuk bersalin. Saya cakap wife dah lebih 41 minggu dan dah hampir 42 minggu mengandung. Bila-bila masa pun boleh bersalin. Katanya tak boleh nak buat apa sebab wad tengah penuh. Jadi, balik la ke rumah kembali. Sampai malam dalam pkl 10 malam kalau tak silap, wife pun dah tido dapat panggilan dari hospital suruh datang daftar masuk wad. Jadi, singgah makan dulu then dalam pukul 11 malam baru daftar masuk. Masa daftar masuk , dapat bilik 4 katil sebilik. Pagi wife cakap kena pindah ke wad lain. Dari 4 katil sebilik dah jadi 8 katil sebilik. Sebab nurse cakap ramai sangat yang masuk wad hari tu. Walaupun ada pilihan katil, tapi tak boleh pilih pun. Cadangnya nak ambil yang dua katil sebilik baru selesa sikit. Tapi, bila daftar masuk katanya tak boleh nak pilih sebab wad penuh.

Esok pagi wife cakap doktor masukkan ubat dalam pkl 7 pagi. Tengahari masa waktu melawat ok lagi katanya tapi dah start rasa sakit sebab bukaan dah 2cm. Waktu melawat Hospital Putrajaya dari pukul 12-30tghari  - 2 ptg dan dari pukul 5ptg - 7ptg. Jadi, balik kejap, pukul 5 datang balik. Masa sampai je wife cakap air ketuban dan pecah dan tengah sakit sangat dah. Bila tanya nurse kenapa tak turun ke bilik bersalin katanya bilik bersalin penuh lagi masa tu. Kena tunggu lagi. Wife pulak makin sakit dah nak bersalin. Semua yang datang melawat dalam bilik tu dah risau dah. Seorang dari pelawat panggilkan nurse cakap macam wife saya nak bersalin sangat dah. Bila nurse cek, saya dengar ada seorang dari beberapa orang nurse dan doktor yang sedang cek wife saya cakap macam dah nampak rambut. Baby memang nak keluar dah. Masa tu dah macam drama dalam TV dah. Semua kelam kabut. Nurse berlari-lari. Ada dua orang berlari bawa masuk katil stroller. Naikkan wife dan berlari ke wad bersalin. Jauh juga wad menunggu dengan wad bersalin. Dalam 200 meter jugak rasanya. Saya dengan mak mertua pun dah join berlari sama. Sampai di wad bersalin, kena tunggu luar hingga dipanggil. Dalam 10 minit tunggu, nurse panggil suruh masuk untuk teman wife. Sebelum nie bersalin pembedahan, suami tak boleh masuk. Jadi, ini pengalaman pertama la menemani wife bersalin normal. Ok. Memang mendebarkan. Pertama kali doktor suruh teran, dah keluar sikit kepala. Kali kedua dah nampak kepala dengan separuh badan. Kali ketiga teran, Alhamdulillah terus keluar baby sambil menagis. Memang pengalaman yang sangat berharga dalam hidup. Melihat kelahiran anak secara live. Lupa nak tulis sebelum ni, dalam bilik bersalin ada 4 orang yang bersedia nak menyambut baby termasuk doktor dan Alhamdulillah semua pun perempuan. Tiada doktor lelaki atau jururawat lelaki di dalam bilik bersalin. Sangat berbeza dengan Hospital Temerloh. Ramai doktor lelaki termasuk dengan jururawat praktikal yang ramai. Tapi, ada orang cakap nasib juga kat Hospital Putrajaya nie. Kadang-kadang ada juga doktor dan jururawat lelaki dalam bilik bersalin. Sangat bersyukur sebab dengan tiga kali teran dan keluar baby. Takde la wife sakit lama sangat. Maybe wife amalkan minum minyak kelapa dara bermula dari kandungan 36 minggu. 

Esoknya, waktu melawat pkl 12.30 tengahari dah boleh balik. Sebelum keluar kena pergi bayar dulu. Wad kira 3 hari, 19hb, 20hb & 21hb walaupun 19hb pkl 11 malam baru masuk. Kalau dikirakan 1 jam lepas tu dan masuk hari baru. Bila cakap macam tu, pekerja kaunter pembayaran cakap daftar masuk 11.55mlm pun kita sehari jugak. Ok, dah polisi macam tu. Halalkan je la. Total semua termasuk caj bersalin normal RM300 kena bayar RM495 kalau tak silap. Ini dah termasuk 3hari tinggal dalam wad walaupun sebenarnya sehari setengah je duduk dalam wad. 19hb sejam je dah masuk 20hb. 21hb pulak pkl 12 tghari dah boleh balik.  Wad kira rate untuk 4 katil sebilik walaupun 20hb dah jadi 8 katil sebilik. Tapi, kesimpulannya keadaan persekitaran lebih bagus mungkin sebab wad kelas satu. Layanan dari jururawat pun lebih bagus dari wad kelas tiga masa anak pertama sebelum ni. Jadi, bagi yang tengah berkira-kira nak bersalin di Hospital Putrajaya, pada saya ok jugak la. Cuma parking memang susah dan kena jalan jauh. Tiada tempat menunggu untuk suami. Kalau Hospital Temerloh ada tempat menunggu. Boleh berehat, tido dan disediakan tv kalau nak tengok. Ada juga rumah / bilik untuk disewa bersebelahan dengan wad bersalin. Jadi lebih selesa. Masa anak pertama, seminggu juga tido di Hospital sebab tak nak keluar juga. Hari terakhit minggu ke 42 baru nak keluar. Esoknya dah mengandung 43 minggu pun. Satu lagi Hospital Putrajaya nie, kalau baby kuning, masuk NICU, ibu kena balik. Tak boleh tunggu. Susu kena sediakan dalam plastik atau botol dan tinggalkan bersama dengan baby. Kalau Hospital Temerloh, baby kena tahan wad, ibu pun masuk wad jugak sebab boleh kerap pergi menyusu baby. Jadi, kelas Tiga dan kelas Satu ada baik dan ada buruknya. Yang penting ibu dan bayi selamat dan sihat cukuplah. Kalau nak lebih selesa, daftarlah dengan hospital swasta tapi bersedialah dengan kos yang membuatkan si ayah yang tak sihat. Hehehe...sekurang-kurangnya RM2500 - RM8000. Kalau komplikasi dan banyak masalah, boleh cecah hingga belasan ribu ringgit. Jadi, jangan berkira sangat kalau hospital kerajaan ada kekurangan, sekurang-kurangnya jumlah yang perlu dibayar takdelah mahal sangat kan. Ok. Sekian untuk kali ini. Belanja satu gambar baby pada semua. Doakan anak ini menjadi insan yang berguna, beriman dan berjaya dalam hidupnya ya. Aminn. 


Reactions:

2 comments:

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.