• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Sunday, December 27, 2015

Posted by FizwaN
No comments | 7:45 PM
Kepada semua rakan-rakan blogger dan sesiapa yang melawat blog sy nie, sy ucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Tahun 2016 pastinya menjadi tahun yang lebih mencabar buat semua kan? Dengan ekonomi negara yang x stabil dan banyak barangan dan perkhidmatan yang turut naik harga memang kena bekerja lebih keras lepas nie. Bagi yang telah mempunyai kerjaya, bekerjalah sebaiknya dan serajinnya ya. Ramai rakan-rakan yang bila jumpa selalu mengeluh tentang kerja. Banyak je perkara yang tak puas hati. Ramai juga yang ckp nak berhenti kerja & nak buat bisnes pulak. Ramai jugak yang ckp " Ko senang la ada bisnes sendiri, tak perlu makan gaji". Ya, memang kalau ada bisnes sendiri ada banyak masa dengan family berbanding dengan yang bekerja di luar. Di KL kalau makan gaji, memang lepas subuh dah keluar rumah melayan jem. Balik kerja pkl 5 ptg pun dah nak maghrib baru smpi rumah sebab layan jem ptg pulak. Malam dah penat, lepas Isyak dah tido. Memang kurang masa untuk bersama keluarga. 

Saya pun sebelum nie kerja di Damansara Height, dari Seri Kembangan ke Damansara Height kalau pagi ambil masa dalam 1 jam setengah. Balik pun sama jugak. Jadi, sehari masa dah rugi 3 jam melayan jem. Belum kira petrol dengan tol lagi. Tu sebab bermula tahun 2014, settle down. Bukak butik yang jaraknya 300m dari rumah. Naik kereta 1 minit je. Kalau jalan kaki dalam 5-8 minit. Anak-anak pun jaga sendiri dekat butik. Banyak sangat dah jimat kat situ. Sekarang walaupun bekerja sendiri dan tak makan gaji lagi, sebenarnya lebih strugle dari makan gaji. Kalau makan gaji, hujung bulan dah tentu duit gaji akan masuk dalam akaun bank. Kalau bekerja sendiri, hari-hari pun kena kerja. Kalau tak kerja xde gaji. Kena kerja keras untuk mengembangkan bisnes, marketing, promosi dan sebagainya. Nak bayar gaji staff lagi. Overhead seperti elekrik, air, security, internet dan sebagainya lagi. So, bagi yang cakap senang la kerja sendiri or berniat nak berhenti kerja buat bisnes or sebagainya fikirla masak-masak dulu ya. Yang paling penting, hujung bulan jangan harap ada gaji masuk dalam akaun lagi. Kalau tanggungan banyak, lagi kena fikir semasak-masaknya. 

Saya berhenti kerja dan mulakan butik sebab saya mula bisnes online sejak tahun 2008 lagi. Customer online dah ramai, dah banyak masuk paper, majalah dan tv. So, org dah kenal. Tu pun lepas 6 tahun bisnes online baru berani nak bukak butik tu. Bukak butik pun xde buat loan dekat bank. Semua pun guna duit hasil dari pendapatan online. Jadi, xde bebanan nak bayar loan bank tiap-tiap bulan. Selain dari bisnes butik, dalam masa yang sama ada bisnes web design. Sebulan ada la dalam 3 job website. Selain tu, ada juga job civil engineering. Sy ada buat freelance sebagai hydraulic, hydrology, water structure, water quality & sediment transport engineer. Owh ya, tak bagi tau sy kerja apa sebelum berhenti kerja dan kerja sendiri sekarang ni kan? Ok, sejak dari tahun 2004 sy kerja di Consultant Firm. Bila dah ada keluarga, dah kena settle down. Sape2 yang kerja dalam bidang engineering ni tau la life seorang engineer tu mcm mana kan? memang xde life sebenarnya. Hari-hari siang malam pun kerja, kerja dan kerja.

Jadi, bagi yang stress dengan kerja, stress dengan bos, stress dengan persekitaran kerja. Jangan berhenti kerja dan terus nak bukak bisnes. Belajar tentang bisnes dulu. Bina network dulu. Buat bisnes online dulu. Mahirkan dengan media sosial terutamanya dengan Instagram. Join kursus perniagaan. Join kursus bina website (saya ada buat kursus bina website ecommerce, kalau nak join boleh contact sy k), bina website dulu. Hari-hari promosi tentang bisnes yang anda nak bukak tu. Tulis blog hari-hari. Bila orang dah kenal,, modal dah cukup. Baru berhenti kerja. Tu pun kena simpan duit untuk at least 3 - 6 bln akan datang. Sebab bisnes awal-awal memang banyak keluar duit dan x boleh nak kira untung lagi. Semua pun kena rolling, lepas 6 bulan selalunya baru stabil. 

Ok la, dah panjang pulak entry nie. Niat nak wish Selamat Tahun Baru 2016 je. Semoga rakan-rakan semua berjaya datang setiap sesuatu yang diusahakan. 

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.