• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Friday, January 8, 2016

Posted by FizwaN
1 comment | 3:51 AM
Sejak saya tulis entry tentang vendor boutique atau juga dikenali sebagai butik vendor, ramai yang komen pada entry-entry berkaitan dengan vendor butik. Hits untuk setiap entry dah mencecah 15,000 - 20,000 views. Ini menunjukkan memang ramai di luar sana yang berminat untuk membuka sebuah butik vendor atau mungkin berminat untuk mendaftar sebagai vendor. Ramai juga yang call, whatsapp dan ada juga yang datang terus ke butik saya untuk melihat konsep dan susunatur sebuah butik vendor. Oleh sebab ramai yang berminat, dalam entry ini saya akan cuba jawab setiap soalan yang pernah ditanya kepada saya. Sebelum tu, sebagai pengenalan sy mempunyai dua buah butik vendor diatas nama Izzlegacy Boutique dimana butik utama terletak di Seri Kembangan, Selangor dan cawangan terletak di Seri Manjung, Perak. Jemput lawat website butik saya di http://www.izzlegacy.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang dijual dan juga untuk pendaftaran sebagai vendor di butik saya. 


Saya membuka butik vendor pada awal tahun 2014, jadi sudah hampir dua tahun berjuang didalam perniagaan butik vendor ni. Bagaimana saya masih boleh bertahan, nanti saya kongsikan didalam entry nie. Untuk makluman, di Kuala Lumpur dan Selangor, telah banyak butik vendor yang gulung tikar dan ditutup. Bagaimana kami tahu? Ramai yang menghubungi kami untuk mendaftar sebagai vendor dan bila kami tanya pernah letak produk di butik vendor yang lain tak? Ramai yang cakap kena cari butik vendor baru kerana butik vendor sebelum ini ditutup. Mengapa ditutup? Ya mengapa ditutup, mungkin ada pemilik butik vendor yang telah menutup perniagaan boleh komen dibawah ini nanti.

Ramai yang bertanya tentang berapa kos / modal untuk buka butik vendor? Sebenarnya kos untuk buka sebuah butik vendor adalah sesuatu yang subjektif kerana ianya bergantung kepada pemilik bagaimana rekabentuk dan juga kelengkapan. Akan tetapi, antara kos yang wajib disediakan adalah:
a)     kos sewa lot butik (ada pemilik yang kenakan deposit 1+1, 2+1, 3+1 dan sebagainya. Jika sewa sebulan RM1,500 untuk 3+1 deposit anda perlu membayar sebanyak RM1,500 x 4 = RM6,000 sebelum terima kunci
b)     kos pemasangan elektrik seperti lampu, kipas, penyaman udara (jika ada), kos ubah suai seperti cat, wallpaper, karpet, railing baju, partition untuk fitting room, etc
c)     kos pembelian perabut seperti meja kaunter, almari, meja, almari display, cermin dan sebagainya
d)     kos pembungkusan produk seperti plastik dan paperbag
e)     kos pemasaran dan pengiklanan
f)      kos majlis pembukaan butik
Ok, itu diantara kos yang perlu disediakan sebelum boleh memulakan sebuah perniagaan butik vendor. Bukan senang dan bukan sedikit sebenarnya. Kalau boleh jangan buat pinjaman bank terutamanya pinjaman peribadi kerana anda akan terasa terbeban setiap bulan untuk membayar pinjaman balik. Alhamdulillah, saya tidak membuat sebarang pinjaman bank ketika membuka Izzlegacy Boutique 2 tahun yang lalu. Kurang sikit bebanan. Semua guna duit simpanan jualan baju kebaya nyonya sejak dari tahun 2008. Tapi, semua pun kena berjimat dan beli sikit-sikit. Asalkan butik dah boleh beroperasi lepas tu baru tambah barang sikit-sikit. Untuk yang baru nak mulakan butik vendor, kos overhead setiap awal bulan juga perlu dipertimbangkan. Antaranya bayaran sewa butik, gaji pekerja, bil elektrik, bil telefon dan internet dan macam-macam bil lagi.  

Selain dari soalan tentang modal, ramai yang mintak guideline cara nak buka butik vendor. Ok, kalau nak tulis tentang guideline, maybe saya kena tulis buku tentang butik vendor nie sebab memang panjang lebar kalau nak terangkan didalam entry blog. Ok, yang penting sekali untuk membuka butik vendor, pemasaran dan pengiklanan memang tak boleh berhenti. Kena berterusan. Penting untuk ada sebuah website dan juga aktif dalam media sosial seperti facebook dan instagram. Kalau nak buat website, boleh hubungi saya ye sbb selain dari perniagaan butik, saya juga ada syarikat web design. Lebih mudah mengupah web designer yang mempunyau pengalaman didalam perniagaan butik vendor untuk membina website untuk anda kerana saya tahu apa yang perlu ada dalam website anda nanti. Mungkin nanti saya akan lebih terangkan dengan lebih lanjut tentang guideline dalam entry yang akan datang atau mungkin saya akan tulis sebuah ebook tentang penerangan menyeluruh didalam membuka sebuah butik vendor. 

Apa yang boleh saya katakan disini, untuk membuka sebuah butik vendor secara teorinya memang sangat menarik dan menguntungkan tetapi realitinya memang sangat memeritkan kerana ada banyak yang perlu dilakukan. Vendor juga banyak memberikan tekanan kepada pemilik butik kerana ramai yang mendaftar sebagai vendor tidak faham tentang konsep vendor. Bagi mereka, lepas letak produk di butik, pemilik butik bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjual, mempromosi dan mengiklankan produk mereka sedangkan konsep vendor adalah konsep perkongsian dan membina rangkaian (networking). Jadi, percayalah vendor akan sentiasa datang dan pergi. Hanya beberapa yang akan setia bersama kita mungkin kerana memahami konsep butik vendor dan mungkin juga kerana produknya sentiasa ada jualan setiap bulan. Oleh itu, sebelum membuka sebuah butik vendor anda perlu dan wajib ada produk sendiri terlebih dahulu. Mungkin ini faktor kenapa banyak butik vendor yang gulung tikar dan mengapa saya masih bertahan. Saya menjual baju kebaya nyonya secara online sejak tahun 2008, setelah ramai pelanggan sediada, follower ramai di facebook dan instagram, database pelanggan telah ramai di website , telah banyak kali masuk paper, majalah dan tv baru saya berani untuk membuka sebuah butik. Sekurang-kurangnya sales produk saya iaitu kebaya nyonya dapat digunakan untuk menampung semua kos yang perlu. Ramai butik vendor yang gulung tikar kerana mereka tidak mempunyai produk sendiri. Bergantung sepenuhnya kepada vendor. Bergantung kepada duit sewa vendor dan komisyen jualan. Jadi, jika kurang jualan atan vendor semakin kurang pasti menjadi masalah kepada mereka. Ada juga yang datang ke butik bagitau saya dia telah membuat pinjaman sebanyak RM50,000 untuk membuka butik vendor. Bila di tanya ada produk sendiri tak, katanya tiada. Jadi, bayangkan pinjaman RM50,000 untuk menyediakan ruang kepada vendor semata. Berapa sangat sewa seorang vendor dan berapa banyak produk yang pasti terjual setiap bulan? Kos overhead pastinya banyak yang perlu ditanggung. Mungkin ketiadaan produk adalah satu sebab kenapa banyak butik vendor yang gulung tikar. 

Mengapa perlu ada produk sendiri jika membuka sebuah butik vendor? Sebab utama adalah, seperti yang saya katakan tadi vendor datang dan pergi. Penat2 anda promote dan iklankan produk seseorang vendor tu lepas tu dia withdraw. Kena promote produk vendor lain pulak. Kalau ada produk sendiri, anda promote hari-hari sampai betul-betul dikenali ramai produk tu produk anda. Jadi, sentiasa akan ada dijual di butik. Macam saya juga, setiap hari sejak dari tahun 2008 akan sentiasa mempromosi dan mengiklankan tentang produk utama saya iaitu baju kebaya nyonya. Saya juga ada Facebook, Instagram dan website khas untuk baju kebaya nyonya tanpa mencampuri dengan semua produk vendor. Jadi, pelanggan akan sentiasa bertambah. Ini membuatkan saya tidak bergantung dengan vendor untuk meneruskan perjalanan butik. Ramai atau tidak vendor yang berdaftar di butik, tidak sangat memberikan kesan kepada saya kerana sy mempunyai produk sendiri. Jadi, sebelum membuka butik vendor dan melaburkan wang ringgit, masa dan tenaga, cari satu produk untuk diri anda terlebih dahulu. 

Ok, dah panjang lebar entry nie, saya akan sambung didalam Part 2 nanti. Semoga berjaya.
Reactions:

1 comment:

  1. Anything about vendor ni bleh x sy whatsapp awk fizwan terus untuk lebih lanjut?

    ReplyDelete

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.