• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Sunday, April 10, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 2:24 AM
Pada hari ini, ramai yang telah memulakan perniagaan online untuk menambah pendapatan. Ada yang menyertai program dropship dan ada juga yang menghasilkan produk keluaran sendiri. Adalah sangat penting membuat pemasaran berterusan didalam meningkatkan jualan produk anda. Oleh kerana perniagaan online, pembeli atau pelanggan tidak dapt mencuba produk anda atau memegang produk anda. Hanya boleh melihat dan membaca penerangan tentang produk anda. Oleh yang demikian, gambar produk adalah sangat penting selain dari ayat marketing dan juga penerangan tentang produk. Oleh sebab hanya boleh melihat produk anda, anda perlulah memikat pelanggan anda dengan gambar produk yang cantik dan berkualiti. Dari mata turun ke hati kan? Bila gambar produk anda cantik, pasti jualan anda juga akan turut meningkat.

Saya memulakan perniagaan online sejak tahun 2008 lagi. Kalau tengok balik gambar masa mula-mula berniaga online dulu, memang tak cantik, kabur dan kurang menarik minat pembeli. Selepas itu, setiap bulan saya akan mengeluarkan modal hanya untuk mengambil gambar produk di studio. Bila gambar produk dah cantik, semakin hari website saya makin dikenali. Makin banyak tempahan kebaya dan pembelian kebaya. Beberapa kali mendapat tawaran untuk masuk majalah. Pernah juga masuk TV, rancangan Safiyya di TV9. Slot 15 minit tentang baju kebaya nyonya. Ramai juga artis, penerbit drama dan filem yang menghubungi kami untuk minta sponsor baju kebaya dan ada juga yang membeli baju kebaya dengan kami untuk penggambaran. Pada hari ini, saya telah mempunyai dua buah butik fizikal menjual baju kebaya nyonya di Seri Kembangan, Selangor dan juga di Seri Manjung, Perak. Segalanya bermula dengan menghasilkan gambar yang cantik dan menarik hati pelanggan untuk membelinya. Jangan rasa rugi didalam melabur duit untuk mengambil gambar produk di studio kerana hasilnya sangat berbaloi.

Oleh sebab dah selalu sangat sewa studio untuk photoshoot produk, sekarang ni sy dah setup studio photoshoot sendiri di butik yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Dan terlanjur dah ada studio sendiri, sy menambah satu lagi bisnes iaitu bisnes sewa studio photoshoot. Hanya untuk photoshoot produk ya. Bukan untuk lain-lain photoshoot seperti photoshoot konvo, pre-wedding, family photoshoot dan seangkatan dengannya. Jadi, jika anda mempunyai produk dan ingin menyewa studio untuk photoshoot produk anda, boleh la hubungi saya di talian 012-6907705 (Izwan) - call/sms/whatsapp atau kalau boleh juga call no ni 03-89596970. Jika anda xde model, sy boleh sediakan model. Makeup model pun disediakan. Fitting room ada dua. Studio ada aircond, so xde la panas nak photoshoot dan makeup cepat cair. Free wifi. Sambil tunggu photoshoot siap boleh beronline. Sambil-sambil tu boleh kita borak-borak bisnes. Berkongsi tips-tips berniaga online dan offline. Hubungi saya kalau berminat nak buat photoshoot ya. Harga x mahal sangat sebab sama-sama kita berniaga online.

Model sedang menggayakan produk. 


Hasil lepas photoshoot dan lepas edit gambar. Baru Boleh jual.
Nak jimat kos, boleh juga photoshoot produk dipatung. Jimat kos untuk bayar model dan makeup artis. 
Guna patung pun cantik jugak kan?
Kalau nak photoshoot outdoor pun boleh. Studio saya terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ada banyak mural dan spot yang cantik-cantik di sini.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.