• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Wednesday, November 30, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 10:26 PM
Bagi yang berniaga online, pastinya Poslaju menjadi pilihan mungkin sebab lebih murah dari perkhidmatan courier yang lain. Tp, start tengah bulan 10 yang lepas, poslaju dah naikkan cas perkhidmatannya. Kalau sebelum ni pos untuk semenanjung ke semenanjung untuk berat 500 gram dan ke bawah, contohnya Selangor ke Perlis hanya RM5.95, tapi sekarang ni dah naik jadi RM7.15, peningkatan sebanyak RM1.20. Banyak jugak tu peningkatannya kan? Sekarang ni semua benda pun nak naik, gaji je yang tak naik-naik. 

Selain dari peningkatan kos penghantaran, poslaju juga memperkenalkan "cut of time" untuk melancarkan urusan pengeposan katanya. Kalau sebelum ni, Poslaju Bangi contohnya waktu last pengeposan adalah pkl 8 malam tapi sekarang ni diawalkan pada pkl 6 petang. Jadi penghantaran selepas pkl 6 petang akan dikira sebagai penghantaran lewat dan akan dikira pos keesokkan harinya. Maksudnya disini, pelanggan takkan terima barang pada hari esok tapi sehari selepas tu. Contoh, pegi pos ptg isnin, sampai poslaju pkl 5.30ptg tp bila no giliran sampai dah pukul 6.05ptg. Sepatutnya esoknya iaitu selasa barang yg dikirim sampai pada pelanggan tetapi oleh sebab dah pukul 6.05 ptg, dah lepas cut of time iaitu pkl 6.00ptg, pelanggan akan terima barang pada hari rabu. Tiada budi bicara ya dari poslaju. Sy pernah pos pkl 5.50ptg, bayar dah dapat resit pada pukul 5.57ptg pun dikira pengeposan lewat. So, redha je la kan. Customer pulak yang marah-marah cakap barang sampai lambat. Nak buat macammana bila poslaju dah tak berapa nak laju. Sampai kaunter sebelum pkl 6, tp dekat resit tulis pkl 6.01 pun dikira pengeposan lewat. Huhuhu...bertabahlah ye.


Untuk yang tinggal di KL or Seri Kembangan, kalau ada barang urgent nak pos saya kongsikan cut of time beberapa pusat poslaju yang berdekatan ya. Poslaju Balakong cut of time pukul 4.30ptg, Poslaju Bangi cut of time pkl 6.00ptg, poslaju Cheras, Taman Shamelin Perkasa cut of time pkl 6.30ptg dan Poslaju Kuala Lumpur, Jalan Tun Sambathan cut of time pkl 7 ptg. So, sempat lagi kejar tapi make sure jalan sampai on time sebab rugi je nanti bila jadi penghantaran lewat juga.

Poslaju sekarang memang dah makin tak laju. Harap-harap lepas charge dinaikkan kualiti dan perkhidmatan akan bertambah baik. Bagi rakan-rakan yang membaca entry ni, boleh la kongsikan cut off time di tempat anda, sekurang-kurangkan dapat membantu dan memberi manfaat kepada rakan-rakan yang lain sebab dekat website poslaju tidak dinyatakan cut off time di semua pusat poslaju sebaliknya poslaju minta pelanggan merujuk sendiri cut off time di pusat poslaju berdekatan.


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.