• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Tuesday, December 20, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 12:25 AM
Minggu lepas dan hari ini saya ada terima panggilan telefon dari no tel 03-28563849 mengatakan wakil dari Takaful Insurance. Seorang perempuan yang menelefon saya mengatakan insuran untuk kad kredit saya perlu diperbaharui kerana sudah expired. Minggu lepas pun cakap perkara yang sama, tapi maybe trainee yang call. Bila saya cakap dah lama x pakai kredit card, pemanggil cakap dia akan cek balik dan akan call lagi. Hari ini maybe senior atau boss dia pulak yang call saya. Bila di sebut nama penuh saya, ok betul dan nama untuk penama insuran saya pun betul tetapi saya dalam masa enam tahun sejak tahun 2010 saya tak pernah pula melanggan insuran untuk kredit card kerana saya tidak ada kredit kad. Bila saya cakap saya dah lama takde kredit card, perempuan dalam telefon tu cakap kalau takde kredit card mesti ada debit card yang ada visa & mastercard kan? Katanya asalkan ada visa dan mastercard, memang kena renew sebab insuran ni automatik untuk semua pemegang kad visa dan master, x kira credit card atau debit card. Pulak dah, macam something fishing je. Bila saya cakap tidak pernah ambil insuran untuk kad kredit dan kad debit kerana akaun bank saya sudah dilindungi oleh PIDM, hehehe.. perempuan tersebut mula memarahi saya, mungkin dia ingat saya nak bergurau atau mungkin dia dah rasa kesukaran untuk menipu. Katanya saya perlu bayar RM988 untuk renew dua tahun dan jika tidak mahu teruskan perlu bayar yuran proses penamatan insuran takaful sebanyak RM498. Saya cakap saya tak pernah langgan insurans tu buat apa nak renew dan mahal sangat bayaran yuran untuk proses penamatan insuran tu. Amboi2, senangnya dia nak buat duit.  

Oleh sebab perempuan yang call tu intonasi suara dah makin tinggi dan dah hilang keceriaan bila masa mula-mula memulakan perbualan sebentar tadi, mungkin sebab tak berjaya nak menipu, saya cakap saya akan periksa dengan bank terlebih dahulu kerana kad kredit dan debit melibatkan pihak bank dan perempuan tu cakap saya boleh periksa dengan bank tetapi bank tidak akan mengaku tentang insuran tersebut. Pulak dah. Katanya bank dah ambil untung dengan insuran ni, taknak nak mengaku setiap pelanggan yang pakai kad kredit dan debit wajib untuk langgan insuran ni untuk protect kad, nanti mesti ramai yang akan cancel card dengan bank. Huhuhu... abahanda dia la, bila cakap bank tak nak mengaku. Dia ingat bank tu macam anak dia ke curi duit pastu tak nak mengaku. Nampak sangat dah terkantoi nak menipu. Oleh sebab sangat meragukan tentang panggilan telefon tu, saya ada emailkan kepada pihak Takaful Malaysia, dah ini jawapan yang diberikan oleh pihak Takaful:
 ________________________________________________________________________________  

Encik Faizul, 

Nombor Rujukan: CAS-229880-W8V0B0 

Perkara: Makluman Berhubung Panggilan Telefon 

Kami mengambil maklum e-mel tuan dan bersimpati dengan kejadian tersebut. 

Berdasarkan semakan, tiada rekod diperoleh daripada maklumat yang diberikan. Walau bagaimanapun sekiranya hal ini masih berlaku, mohon kerjasama tuan untuk lebih berhati-hati agar tidak mendedahkan butiran peribadi tuan kepada pemanggil. Tuan juga disarankan agar mencatatkan maklumat berikut dan majukan kepada kami untuk siasatan lanjut; 

1. Nama Penuh Pemanggil 
2. Kod Agen/ Nombor kakitangan pemanggil 
3. Tujuan Pembayaran (sepertimana yang dinyatakan oleh pemanggil) 
4. Jenis Insurans (Keluarga/Am) 
5. Syarikat insurans pemanggil 

Dengan butiran yang lengkap akan memudahkan kami untuk membuat semakan lanjut dan mengesahkan sama ada pemanggil adalah dari syarikat kami atau sebaliknya seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila emel kepada csu@takaful-malaysia.com.my

Kami hargai keyakinan tuan terhadap kami dan akan terus berkhidmat untuk memenuhi keperluan tuan. 

Terima kasih. 

Siti Fatimah Diyana Abd Rahanuddin 
Eksekutif 
Unit Khidmat Pelanggan (CSU)
_________________________________________________________________________________ 

Saya ada search google, rupanya dah lama sindiket ni menipu dan memperdayakan orang ramai. Ramai juga yang sudah terkena dan membuat bayaran untuk renew atau menamatkan insuran tersebut. Jadi, bagi sesiapa yang menerima panggilan telefon yang mengatakan wakil dari Takaful tentang nak renew insuran untuk kredit card, itu semua tipu dan scam. Jangan terpedaya. Boleh juga disimpulkan disini, maklumat tentang insurans kita telah pun dibocorkan dan dijual oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab sebab bila pada awal perbualan pemanggil scam ini akan menyebut nama penuh kita dan juga penama insuran kita. Kepada sesiapa yang membaca tentang entry ini, rajin-rajin la untuk share dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara. Jangan ada lagi yang kena tipu. Ikut saranan dari Takaful, dapakan maklumat berikut dari pemanggil scam itu: 

1. Nama Penuh Pemanggil 
2. Kod Agen/ Nombor kakitangan pemanggil 
3. Tujuan Pembayaran (sepertimana yang dinyatakan oleh pemanggil) 
4. Jenis Insurans (Keluarga/Am) 
5. Syarikat insurans pemanggil 

Semoga lepas ni takde la lagi yang terkena dengan scam takaful ni. Rajin-rajin la kongsikan tentang scam ini kepada semua ya, nanti dah terkena baru menyesal. Takde gunanya lagi. 
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.