• Because I'm Not Perfect

    Diri ini tidak sempurna juga bukan yg terbaik. Mungkin juga bukan lebih baik dari orang lain. Tapi, ianya istimewa kerana tiada siapa dapat menjadi diri ini selain aku. Menulis dalam ketidaksempurnaan. Berkongsi tentang hidup sebelum kembali bertemu Sang Pencipta.

  • Izwanizzati Collections

    IzwanIzzati Collections adalah website ecommerce perniagaan online milik saya. Terdapat lebih daripada 400 design baju kebaya nyonya dengan 6 pilihan saiz dan juga lebih dari 300 koleksi kain pasang sulam.

  • Izwanizzati Ebiz Resources

    IzwanIzzati Ebiz Resources adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan menjalankan perniagaan membina laman web, membina blog, Search Engine Optimization (SEO), pemasaran internet, kursus bina website, kursus perniagaan online dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.

  • Koleksi Ebook Keluaran IzwanIzzati

    Setakat ini, saya telah mengeluarkan dua buah ebook yang bertajuk Panduan Lengkap Membina dan Kedai Online dengan Blogspot dan juga Panduan dan Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya didalam Perniagaan Online. Terdapat beberapa ebook yang masih didalam proses penyiapan. Dapatkan segera.

Budak Comel Tak Nak Gunting Rambut

Thursday, December 8, 2016

Posted by FizwaN
No comments | 12:08 AM
Dua minggu lepas, butik kebaya saya iaitu Izzlegacy Boutique mendapat tawaran untuk di interview oleh wartawan dari Harian Metro dan pada hari ini 07 Dec 2016, rencana tentang butik kebaya saya telahpun disiarkan di dalam paper Harian Metro. Syukur dan terima kasih kepada akbar Harian Metro kerana memberi peluang kepada butik saya. Kalau dikirakan ini kali ketiga rencana tentang butik saya di dalam akhbar. Kalau dalam majalah pun ada beberapa kali. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan impak kepada perniagaan saya. Perniagaan kebaya yang dimulakan sejak tahun 2010 dan bertahan, berkembang dan terus maju hingga ke hari ini. Semoga akan terus maju dan dimurahkan rezeki untuk hari-hari yang mendatang. 

Berikut adalah rencana penuh bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk membeli paper Harian Metro siang tadi ya.

Serdang: Bermula dengan menjual secara kecil- kecilan di rumah dengan hanya beberapa koleksi saja, kini kebaya dihasilkan sudah sampai ke Paris, Dubai, Amerika Syarikat, Mesir dan Jepun.
Koleksinya pula sudah 2,357 pasang dengan saiz sehingga 10 kali XL. 

Percubaan suami isteri, Faizul Izwan Jamaludin,35, dan Nur Aina Izzati Mohd Tan 26, itu sememangnya berbaloi apabila mereka kini ‘diburu’ penggemar kebaya. 

Menurut Faizul yang juga bekas jurutera, dia dan isteri memilih menjual kebaya kerana pakaian itu tidak banyak dijual di Kuala Lumpur. 

“Pada mulanya, saya jual pakaian wanita ini di rumah saja dan ubah suai sebuah bilik untuk dijadikan ‘fitting room’ (bilik menukar pakaian). 

“Selepas ada modal, baru saya buka butik dan tambah koleksi kebaya yang kini mempunyai 2,357 koleksi kebaya pelbagai saiz sehingga 10 kali XL,” katanya ketika ditemui di butik Izzlegacy miliknya, di Pusat Bandar Putra Permai, di sini. 

Faizul berkata, kebaya boleh digayakan oleh sesiapa tanpa mengira bangsa dan acara. 

“Kebanyakan pelanggan saya berbangsa Melayu akan beli untuk digayakan ketika kenduri kahwin atau malam berinai. 

“Jika pelanggan berbangsa Cina, mereka akan gayakan ketika majlis makan malam atau majlis di luar negara sebagai simbolik untuk mempamerkan budaya rakyat Malaysia,” katanya yang mendapatkan bekalan kain untuk dijadikan kebaya dari seluruh dunia termasuk Indonesia. 

Menurutnya, dia menawarkan pelbagai jenis kebaya. 

“Kami ada kebaya dengan corak pelbagai motif seperti burung, bunga dan rama-rama. 

“Antara jenis kebaya yang ada di butik kami adalah Nyonya, Lace, Bali, Kota Bharu dan Labuh,” katanya. 

Menurut Faizul, harga yang ditetapkan sangat berpatutan bergantung pada corak dan jenis kain yang digunakan. 

“Harga kebaya yang dijual juga tidak mahal, hanya sekitar RM180 hingga RM220 mengikut jenis sulaman,” katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 10:19 AM
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat blog "Because I'm Not Perfect". Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan manfaat kepada anda semua. Teruskan menyokong untuk memastikan blog ini terus "hidup". Harap maaf jika ada kandungan yang tidak elok atau juga tidak memberikan persepsi yang baik. Akan dibaiki dari semasa ke semasa. Kongsikan pandangan dan pendapat anda diruangan komen. Jemput Like Facebook Page dan boleh juga emailkan kepada saya jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan.